Resepi Sup Macaroni Ringkas Tapi Sedap

Resepi Sup Macaroni Ringkas Tapi Sedap

Sup Macaroni, Alhamdulillah rezeki harini, Saya share resepinya sapa nak cuba buat untuk anak-anak, silakan.

Bahan-Bahan:

  • 1 bngkus macaroni rebus sampai lembut taruh garam & sedikit minyak masak, kemudian angkat n toskan
  • 1 labu bwg besar hiris dadu
  • 1 sdb serbuk lada hitam kasar
  • 1 ketul pati kiub ayam
  • 1 inci halia potong mancis
  • Daun sup dan daun bawang
  • 3’4 ketul isi ayam
  • 1 batang carrot, potong kecil
  • 3 biji ubi kentang, potong kecil
  • Putik jagung
  • 1 bungkus sup bunjut
  • Sedikit buah pelaga
  • Kulit kayu manis
  • Bunga lawang
  • Air secukupnya
  • Bahan hiasan
  • Daun sup
  • Cili kicap
  • Bawang goreng

Caranya Memasak:

1. Panaskan kuali, taruh sedikit minyak kemudian tumis bawang dan halia. Kacau-kacau sekejap, pastu masukkan sup bunjut dan bunga lawang, kulit kayu manis, dan buah pelaga. Kacau lagi sampai agak keperangan dan masukkan air secukupnya diikutti dengan ayam.

2. Reneh sampai ayam agak lembut, isi ayam angkat toskan. Kemudian carik-carikkan isinya dan ketepikan. Dalam sup, masukkan ubi, pati kiub ayam, dan serbuk lada hitam, reneh sekejap.

3. Kemudian masuk carrot, garam dan sedikit gula untuk seimbangkan rasa. Reneh sampai masak, last sekali tabur sedikit daun bawang dan daun sup. Okey dah siap.

Biasa budak-budak suka sup macaroni selain macaroni goreng. Selamat mencuba.

Resepi Sup Macaroni Ringkas Tapi Sedap

Resepi Oleh: Cik Puan Julieta