
Resepi Sup Ayam Halia Ringkas Tapi Sedap
Menu ni boleh dikatakan menu fav la kat rumah saya. Asalnya arwah mama saya buat cuma letak kaki ayam sahaja. Beli kaki ayam banyak-banyak, pastu masak. Lauk ni bahan dia sangat ringkas dan mudah je penyediannya. Harini saya buat guna bahagian peha penuh dan sedikit bahagian leher yang di potong kecil-kecil. Biasa kalau masak nasi ayam pun, beginilah saya hasilkan air rebusannya, cuma di tambah sedikit minyak bijan dalam nasi masa nak masak. InsyaAllah nasi ayam anda akan digilai ramai.
Bahan A:
- Ayam yang dicuci bersih, potong ikut suka.
Bahan B:
- 2@3 ketul halia sebesar ibu jari
- 5-6 ulas bawang putih
Bahan C:
- 1 sudu besar minyak masak
- Air
- Garam
- Sedikit kicap untuk warna
Cara Penyediaannnya:
1. Buang kulit bawang dan halia, cuci bersih kemudian tumbuk. Boleh tumbuk nak kasar atau halus. Sesuai selera.
2. Panaskan kuali, api jangan terlalu besar dan jangan biar minyak terlalu panas sebab kite tak nak bahan tumbuk tu nanti bila masuk kuali je dia terus jadi hangus pulak.
3. Letak sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk sampai naik bau. Masukkan ayam, sederhanakan api. Kacau rata. Kalau guna kaki ayam, awas ye. Kemungkinan akan meletup-letup manja. Kacau-kacau dalam 3-4 minit kemudian letak air. Biarkan mendidih.
4. Perasakan dengan garam, letak sedikit kicap untuk warna. Boleh juga kalau nak tambah lada putih atau lada hitam sesuai selera. Tapi bagi saya, lebih suka pedas dari halia, tu dah mencukupi.
Nota: Kalau menu ni memang saya tolak tepi dulu diet.

Resepi Oleh: Dani Shoppe’s