Resepi Sup Kaki Ayam
Bahan-Bahan:
cuci bersih kaki Ayam
Air
Sedikit minyak masak
Carrot
Cendawan (optional)
Daun sup & daun bawang dihiris kasar
Garam
Kiub Ayam/Daging (optional)
Rempah 4 sekawan/sup bunjut
Bahan Dikisar –
Bawang Merah
Bawang Putih
Buah Keras
Jintan Putih
Jintan Halus / hitam
Lada Hitam
Ketumbar
Cara Memasak:
1. Masuukksn kaki ayam yang dah dibersihkan ke dalam periuk, tambahkan air sampai kaki ayam terendam lepas tu rebus dan tambahkan sup bunjut.
2. Panaskan sedikit minyak untuk tumis bahan-bahan yang dikisat tadi. Kacau sampai pecah minyak dan mengelegak ganas, boleh lah tutup api.
3. Masukkan bahan tumisan yang dah siap ke dalam rebusan ayam, masukan garam dan rebus sampai kaki ayam lembut.
4. Bila dah nampak kaki ayam lembut boleh lah dimasukkan sayur carrot bagi sedikit masak, baru masukan sayur cendawan.
5. Masak 5 minit, kemudian tutup api, dan last sekali masukan hirisan daun bawang dan daun sup. Hidangkan.
Resepi Oleh: Julia Kartika – MAHN