Resepi Street Food India Pav Bhaji
Nak cuba sesuatu yang lain dari yang lain? Hakak-hakak boleh cuba resepi Pav Bhaji ni. Sedapnya Pav Bhaji panas-panas dicicah dengan roti. Pav Bhaji ini, ialah India ‘street food’ mengandungi campuran sayur-sayuran dan rempah masala. Sungguh sedap dimakan panas-panas, lagi-lagi dimakan dengan soft bun atau roti yang disapu dengan butter dan digrill sehingga sedikit garing. Nak cuba resepi Pav Bhaji ada di bawah ni. Selamat mencuba gais.
Bahan-Bahan:
- 2 biji ubi kentang (anggaran 2 cawan) – dipotong kecil
- 1/2 cawan kacang pis frozen
- 1/4 bunga kobis (anggaran 3/4 cawan) – dipotong kecil
- 1 biji bawang besar (anggaran 3/4 cawan) – dipotong kecil
- 2 biji tomato (anggaran 1 1/4 cawan) – dipotong kecil
- 1 biji lada benggala hijau saiz kecil (anggaran 1 cawan) – dipotong kecil
- 6 ulas bawang putih
- 1 1/2 serbuk cili
- 1/4 sudu kecil serbuk kunyit
- 2 sudu kecil Serbuk Phav Bhaji Masala (boleh dapatkan di kedai rempah india)
- 1 sudu kecil jus lemon
- 2 sudu minyak + 2 sudu butter
- 2 sudu besar daun ketumbar – dicincang halus
- Roti untuk dihidangkan
Cara Membuat:
1. Rebuskan ubi kentang, bunga kobis, bawang putih dan kacang pis ke dalam periuk berserta dengan air yang secukupnya dan garam. Masak sehingga sayur betul-betul lembut. Bahan-bahan itu kemudian dilenyek kasar.
2. Panaskan 2 sudu minyak dan 2 sudu butter di dalam periuk. Tumiskan sehingga bawang naik bau dan warnanya jadi agak berkilat. Masukkan lada benggala, tomato dan garam. Tumis sehingga tomato dan lada benggala sehingga lembut.
3. Kemudian, masukkan 1 sudu kecil serbuk cili, 1 sudu kecil serbuk kunyit dan 2 sudu kecil serbuk Pav Bhaji masala. Kacau dan masak lebih kurang 1 minit. Masukkan 3/4 cawan air dan biarkan masak dalam 3-4 minit.
4. Masukkan sayur yang sudah dilenyek tadi dan 1 sudu kecil jus lemon ke dalam periuk. Kacau rata semua bahan dan biarkan masak sehingga 4-5 minit. Perasakan dengan garam. Tutup api dan taburkan daun ketumbar. Sedia dihidangkan dengan roti.
Resepi Oleh: Khadijah Jaafar