Resepi Mee Kungfu Macam Restoren Siam

Resepi Mee Kungfu Macam Restoren Siam

Hari ni tak selera nak makan nasi. Jadi, kakchik buat Mee Kungfu Wacha. Sedap oi, sebijik macam yang beli di restoran Siam. Sedap oiii. Puas hati buat sendiri. Rasa hilang bisa-bisa kena cucuk vaksin tadi. Kakchik tak buat cili kicap pun sebab dah cukup dah rasa pedasnya. Kuah yang pekat penuh berperisa. Kalah kedai Siam sebelah rumah kakchik ni. Lepas ni kakchik nak apply jadi tukang masaklah.

Bahan A:

  • 1/2 peket Mee kuning
  • 1 biji telur
  • 1 sdb tepung jagung

Bahan B:

  • 1 ulas bawang putih
  • 3 biji cili api

Bahan C:

  • 1 sdb minyak bijan
  • 1 sdb sos tiram
  • 1 biji telur
  • 2 sdb tepung jagung + 1/2 cawan air
  • Udang
  • Ayam
  • Sayuran kegemaran

+ Resipi ini dapat 2 pinggan, kalau nak lebih boleh tambah lagi bahan ya.

Cara Memasak:

1. Dalam pinggan, satukan semua bahan A. Kacau rata biar semua Mee disaluti telur dan tepung jagung. Ketepikan.

2. Dalam minyak yang panas, gorengkan bahan A. Kakchik bahagi 2 bahan A jadi dapat 2 pinggan Mee kungfu ni. Goreng sampai sedikit garing. Terbalikkan. Angkat Dan bubuh dalam pinggan siap-siap. Jom kita buat kuah Mee kungfu ni pula.

3. Dalam kuali, bubuh minyak masak anggaran 1 sudu besar. Tumiskan bawang putih dan cili api yang diketuk. Kalau kedai Siam tukang masak ketuk guna parang saja. Cili api tu kalau suka pedas boleh lebihkan.

4. Bila bawang putih dah kekuningan, masukkan lauk kegemaran. Kakchik bubuh udang dan ayam saja. Bila udang dah bertukar warna, masukkan air dalam 3 cawan. Biarkan kuah merenih. Bila kuah dah mendidih ganas glup glup glup, masukkan sayur kegemaran. Kakchik bubuh sawi, kubis, kubis bunga, lobak merah dan cili merah. Renihkan lagi kuah dalam 2 minit.

5. Masukkan sos tiram dan minyak bijan. Wajib ada minyak bijan tau barulah Mee kungfu Wachaaa kita ni jadi. Baru terasa kungfunya. Perasakan dengan garam secukup rasa. Macam cinta kita, kau ada aku pun ada. Gituh. Masukkan bancuhan air tepung jagung. Kacau rata. Biarkan merenih lagi.

6. Pecahkan telur kacau rata. Tuang sedikit sedikit dalam kuah. Biarkan semua bahan menggelegak. Matikan api. Tuangkan kuah atas Mee yang telah kita goreng tadi. Sepinggan untuk bangcik, sepinggan untuk kakchik. Jom mamam.

Resepi Mee Kungfu Macam Restoren Siam

Resepi Oleh: Umi Watie