Ikan, Makanan Laut

Resepi Asam Pedas Tenggiri Versi Utara

resepi-asam-pedas-tenggiri-versi-utara

Resepi Asam Pedas Tenggiri Versi Utara

Asam pedas ni memang feveret Kak Za la. Dia punya suka tu sampai tahap hirup kuah la. Hahaha. Senang je nak masak, bahan-bahan pun mudah cari. Haaa, jomm masak.

Bahan-Bahan:

  • Ikan tenggiri
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 1 inci kunyit hidup (ditumbuk)
  • 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulàs bawang putih (ditumbuk)
  • Daun kesom
  • Bunga kantan (Kak Za tak letak, stok tak ada)
  • 3 keping asam keping
  • Sedikit belacan (ditumbuk)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya
  • 4 – 5 batang bendi

Cara Memasak:

1. Masukkan cili kisar, bahan yang ditumbuk bersama air ke dalam periuk. Kacau rata.

2. Masukkan juga daun kesum, asam keping dan bunga kantan yang dibelah dua.

3. Masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan ikan tenggiri, garam serta gula secukup rasa dan kacau rata.

4. Tutup api dah siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

Resepi Asam Pedas Tenggiri Versi Utara

Resepi Oleh: Iza Abu Bakar