Resepi Roti Bai atau Hotdog Bun, Boleh Buat Roti John atau Makan Dengan Ais Krim

Resepi Roti Bai atau Hotdog Bun

Bahan A:

100-130ml air suam jika menguli guna tangan/air sejuk dari peti ais plus seketul ice jika guna mixer
1 sb yeast
1 sb susu pekat
1 sb gula

– Jika guna air suam, Campurkan semua bahan ni sampai berbuih.
– Jika guna mixer terus campurkan Bahan A dan Bahan B dalam mixer bila dah menjadi doh, masukkan pula bahan C uli hingga elastik.

Bahan B:

200gm tepung roti
50gm tepung gandum
Secubit gara
2 sb susu tepung
1 sk RFB/apa2 pelembut roti/bread improver
Sebiji telur

Bahan C:

40gm butter cair

Cara Buat:

1. Campurkan bahan A dan B uli sebentar. Kemudian masukkan Bahan C. Uli, sampai menjadi dough yang elastik lebih kurang 15-20 minit.

2. Siap uli, tutup dengan kitchen towel atau plastik wrap dan letakkan kat tempat yang sesuai, sampai naik dua kali ganda. Kemudian tumbuk doh buang angin.

3. Setelah siap dibahagikan doh 50gm, rounding dan masukkan dalam loyang dan rehatkan lagi biar dough naik 2 kali ganda. Sebelum bakar, spray air. Doh memang sedikit melekit, sapu sedikit minyak pada tangan semasa membentuk dan rounding doh.

4. Bakar dengan suhu 180dgr lebih kurang 20 – 25 minit. Ikut oven masing-masing ye, bakar sampai masak.

5. Lepas keluar dari oven kasi butter cair atas roti, biar permukaan roti tidak kering.

Resepi Oleh: Amie Samuri