Cara Mudah Buat Roti Naik Sedap

Cara Mudah Buat Roti Naik Sedap

Siapa suka roti naik? Kita geng!. Nak cuba buat roti naik sendiri? Ini inspired dari resepi roti naik TokMak Pahang dalam kebanyakan blog dulu-dulu.

Bahan-Bahan:

  • 500gm tepung roti
  • 80gm gula pasir
  • 11gm yis
  • 5gm bread improver
  • 30gm susu tepung
  • 6gm garam
  • 120gm butter

Bahan Yang Disatukan:

*2 sudu besar susu pekat
*1 biji telur
*tambah air sampai jadi 300gm

Kaedah Membuat:

1. Kalau guna breadmaker, masukkan cecair yang (*) dahulu. Then masukkan bahan kering semua sekali. Last baru masuk butter dan tekan setting dough untuk kita bentukkan.

2. Kalau uli cara mixer atau tangan, masukkan bahan kering dahulu dalam mangkuk besar then masuk bahan cecair disatukan (*). Then mesrakan dulu, bila dah sebati semua tu baru uli lagi dengan butter. Uli sampai doh dah tak melekat di tangan atau bowl.

3. Biarkan kembang sekali ganda. Tumbuk keluarkan angin, then dah boleh bentukkan dah. Saya tak timbang. Saya ikut cara dulu-dulu. Saya potong-potong, bahagi 2, bahagi lagi 2, bahagi lagi 2 sampai dapat agak-agak saiz mana yang kita nak.

4. Pastu uli bulat-bulatkan kat tangan, jangan pakai tepung tau, nanti roti keras. Guna butter kat tangan untuk bentukkan tu jika perlu. Lengser loyang ke, mangkuk sia ke apa yang sis ada di rumah yang boleh bakar masuk oven.

5. Susun doh ikut suka. Nak cepat, panaskan oven suhu 150c sekejap then tutup suis. Biarkan doh kembang kat dalam tu sampai dah nampak bertaup roti kiri dan kanan.

6. Then terus onkan oven pada suhu 160c dan bakar api atas dulu 12 minit. Pastu buka api atas bawah untuk lagi 10 minit (agak-agak ikut oven masing-masing ya).

7. Then bila dah masak, masa panas-panas sapu butter atas roti dengan berus. Nak lagi sedap campur madu dengan butter, sapu atas tu. Cuma nanti bila sejuk, permukaan atas kerekot sikit sebab madu kan melekit gitu. Tapi rasa memang ummpphh!.

8. Cecepat keluarkan roti panas, sejukkan atas redai jangan biar sejuk dalam loyang sebab nanti roti berpeluh, lembab kat bawah. Siap-siapkan kopi panas ke, teh panas ke, sambil borak-borak pasal aktiviti pkp ok.

Selamat mencuba gaiss! Share lah ramai-ramai, moga bermanfaat!

Cara Mudah Buat Roti Naik Sedap

Resepi Oleh: Nieza Nor Hamnira