Resepi Stew Ayam Cara Tengku Puan Pahang
Resepi ni asalnya daripada Tunku Hajah Azizah Aminah. Rugi la kalau korang tak cuba.. sedap ni tau.
Bahan-Bahan:
- 1/2 ekor ayam – potong ikut suka
- 2 – 3 sudu besar tepung gandum
- Sedikit kicap
- 1sdb lada hitam – tumbuk kasar
- Garam dan serbuk perasa
- 5 biji ubi kentang – dipotong 4
- 1 batang karot – potong besar
- 1 biji bawang besar – potong 4
- 1 tin button mushroom potong 2 dalam tin
Bahan Penumis (hiris nipis):
- 4 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
Cara-Cara:
1. Tumis bahan penumis termasuk bawang serta halia yang dihiris nipis hingga wangi. Masukkan tepung gandum dan digoreng dengan api perlahan supaya tepung agak masak.
2. Masukkan ayam dan ubi kentang, karot, bawang besar dan dikacau rata. Masukkan sedikit air, kicap, garam, lada hitam dan serbuk perasa. Masak sehingga kentang empuk. Akhir masuk button mushroom.
3. Sesuaikan rasa dan kepekatannya. Tabur daun sup dan bawang goreng. Hidangkan. Enak dimakan dengan Garlic bread.

Garlic Bread:
- Sapuan GARLIC BREAD. Roti apa-apa pon boleh, Roti Peranchis, Roti Burger, Roti Hot Dog, atau Roti Gardenia.
- Bahan-bahan yang diperlukan; Setengah buku unsalted butter, 5 ulas bawang putih dihiris halus-halus, beberapa helai daun parsley dihiris halus-halus.
- Campurkan ketiga-tiga bahan sehingga sebati, sapu ke atas roti. Bakar roti dalam oven atas pan or buat cam Makcik Ratu bakar dalam toaster, senang.

Resepi Oleh: Makcik Ratu