Makanan Laut, Sambal & Pencicah

Resepi Shellout Sos Blackpepper Bikin Menjilat Jari

resepi-shellout-sos-blackpepper-bikin-menjilat-jari

Resepi Shellout Sos Blackpepper Bikin Menjilat Jari

Bila shellout ja, kita akan terus terbayang kuah sambal merahnya tu kan. Dah selalu sangat makam shellout yang bersambal merah jadi apakata kali ini kita ubah sikit je buat kelainan. Tak de la, bila sheelout terus terbayang kuah sambal merah lagi. Gituuu. Ok, jom kita mula.

Bahan Untuk Tepung Goreng Rangup:

  • Udang
  • Sotong
  • Ikan
  • Tepung gandum
  • Tepung jagung
  • 2 sudu besar serbuk lada putih
  • 1 sudu besar jintan manis (ditumbuk halus)
  • 2 biji telur
  • Secubit garam
  • Minyak masak
  • Brokoli (dipotong nipis dan dicelur sebentar)

Cara Membuat:

1. Masukkan tepung dan telur pada dua bekas berasingan. Untuk bahagian tepung tu sila la campurkan tepung jagung, tepung gandum, serbuk lada putih, jintan manis yang ditumbuk dan secubit garam.

2. Sementara tu, telur dipukul sehingga berbuih. Celupkan ikan, sotong dan udang ke dalam telur dan kemudian golek golek manja ikan, sotong dan udang tadi di dalam tepung tadi.

3. Goreng sotong, ikan dan udang sehingga masak. Toskan dan ketepikan sebentar.

Bahan Untuk Sos Black Pepper:

  • 2 sudu besar butter
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 2 sudu sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap
  • Sedikit gula
  • Air secukupnya
Cuba Resepi Ni:  Resepi Ikan Masak Acar

Cara Membuat:

1. Mula-mula cairkan butter di dalam kuali. Tumiskan bawang putih dan bawang besar yang dikisar sehingga naik bau. Kemudian, masukkan sos cili, sos tiram dan kicap. Kacau rata.

2. Masukkan pula serbuk lada hitam. Kacau sebati dan masukkan air secukupnya. Letakkan sedikit je gula sebagai penambah rasa. Kacau sebati. Dah siap.

3. Susun ikan, udang dan sotong yang digoreng tadi ke dalam pinggan. Lepas tu boleh la siramkan kuah black pepper ni ke atas gorengan tersebut dan hiaskan dengan brokoli celur. Selamat mencuba.

Resepi Shellout Sos Blackpepper Bikin Menjilat Jari

Resepi Oleh: Iza Abu Bakar