Masakan Barat

Resepi Sos Black Pepper

resepi-sos-black-pepper

Resepi Sos Black Pepper

Bahan-Bahan:

1 biji bawang holand – dicincang halus
6 ulas bawang putih – dicincang halus
3 helai bay leaf
1 sudu besar mix herb
1/2 tin susu cair
1 cawan demi glace (dibancuh dengan 1j ag kecil air)
Suku keping butter
Chicken stok, garam dan gula secukup rasa
3-4 sudu lada hitam yang dimesin (sedang)
Lada hitam terpulang nak pedas atau kurang pedas

Cara Membuat:

1. Panaskan butter, tumiskan bawang holand dengan mix herb dan bay leaf. Bila naik bau, baru masukkan bawang putih.

2. Kacau rata, masukkan lada hitam. Kacau hingga sebati, masukkan air demi glace dan kacau lagi 7-8 kali. Masukkan susu cair.

3. Bila semuanya dah nampak sebati, masukkan chicken stok, garam dan gula. Kacau hingga masak dengan api sederhana. Tengok kalau pekat, masukkan air panas sebanyak yang dikehendaki.

Boleh lah dihidangkan bersama chicken chop, lamb chop atau makanan kegemaran anda.

*Ni yang Mak Hani buat untuk berniaga, tiada campuran kicap dan sebagainya.

*Jika tak tau apa itu Demi Glace, cari dibahagian chicken stok dipasaraya. Pakai jenama apa-apa pun takpe.

Resepi Oleh: Nohani Derahman dari FB Group MAHN