Resepi Biskut Onde-Onde Quaker Oats
Assalamualaikum, selamat pagi semua sahabat cikza. Sempena hari pkp penuh hari ni, yang buntu nak buat jajan untuk anak-anak, meh cikza syorkan buat jajan yang berkhasiat untuk anak-anak kite. Biasa kite buat Onde-Onde tepung pulut kan? mak-mak je yang makan, jarang sekali kita tengok anak yang makan kan?. Apa kata kita cuba buat Onde-Onde quaker oat, mesti anak-anak suka, malah berkhasiat lagi. Jom apa lagi barang-barang dah tentu ada kat dapur kan?
Bahan-Bahan:
- 1cawan/130gm Tepung Gandum
- 4sb/20gm Kelapa Parut Kering
- 3sb/20gm Serbuk Santan Kelapa
- 1 1/2 cawan/130gm Quaker Oat Segera
- 3sb/20gm Biji Bijan
- 1/2 sudu kecil Baking Soda
- 1/4 sudu kecil Garam
- 1/2 /125gm Mentega Tidak Bergaram (Unsalted)
- 4sb/50gm Gula Perang
- 50gm Gula Melaka | dicincang halus
- 1/4 cawan/60ml Minyak Canola
- 1 sudu kecil Perisa Pandan Berwarna Hijau
Bahan Hiasan:
- Gula Melaka – dicincang kasar
- Kelapa Parut Kering
Cara Membuat:
1. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180°C.
2. Masukkan tepung, kelapa parut kering, serbuk santan kelapa, Quaker Oat Segera, biji bijan, baking soda dan garam ke dalam mangkuk. Kacau hingga sebati.
3. Di dalam mangkuk yang lain, masukkan mentega tidak bergaram (unsalted), gula melaka, gula perang , perisa pandan berwarna hijau dan minyak. Adun menggunakan mixer hingga sebati.
4. Kemudian, masukkan adunan tadi ke dalam mangkuk dan kacau hingga ia menjadi doh. Bentukkan doh menjadi bentuk bulat, letak di atas dulang pembakar dan leperkan menggunakan jari.
5. Letakkan kelapa parut kering dan gula melaka di atas biskut sebagai hiasan. Bakar selama 10-12 minit atau sehingga biskut sudah keperangan. Sedia untuk dimakan.
Resepi Oleh: Noriza Awang Hamat