Ayam

Resepi Masakan Afrika Selatan Ayam Peri Peri

resepi-masakan-afrika-selatan-ayam-peri-peri

Resepi Masakan Afrika Selatan Ayam Peri Peri

Hari ni cuti lagi. Apa kata kita masak resepi ayam dari Afrika Selatan. Pernah makan ayam Nando’s? Ya, kita masak Ayam Peri Peri macam dekat Nando’s tu. Kita buat sos dia sekali!.

Bahan-Bahan: (2-3 orang)

  • 1/2 ekor ayam
  • 1 biji tomato
  • 3 tangkai cili merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang merah/Holland
  • 2 sudu serbuk paprika/cili
  • 1 biji lemon
  • 1 cubit oregano
  • 1 cubit parsli
  • 2 sudu minyak
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak:

1. Saya guna ayam bahagian pinggul dan peha. Jika nak diet gunakan bahagian dada ayam, ambil isi dia sahaja. Bersihkan dan tos air sampai kering. Sementara tunggu ayam ditos. Kita sediakan bahan-bahan untuk buat perapan ayam. Jika nak pedas, lebihkan cili merah, atau tambah cili padi.

2. Bakar bahan-bahan seperti cili, bawang puitih, bawang merah, dan tomato untuk dapatkan aroma smoky. Jika tak nak bakar, celur bahan-bahan tadi sampai lembut. Lepas bakar, masukkan dalam pengisar. Letak oregano, parsli dan serbuk paprika. Kalau tak ada paprika, guna serbuk cili pun boleh.

3. Perah separuh lemon. Saya tak ada lemon, jadi saya gantikan dengan limau nipis. Masukkan minyak 2 sudu. Boleh guna minyak zaitun, minyak sawit, minyak jagung, dan sebagainya. Letak garam dan gula secukupnya, dan kisar sehingga halus

4. Tuang bahan kisar ke atas ayam. Perap ayam selama 1-2 jam dalam peti ais agar ramuan meresap ke dalam isi ayam. Di Nando’s, ayam dibakar atas api. Di rumah kita bakar dalam ketuhar sahajalah. Tapi untuk dapatkan kesan “bakar”, kita bakar atas kuali dulu. Kalau nak bakar atas kuali macam sampai masak pun boleh.

5. Bakar dua-dua belah. Sementara bakar ayam atas kuali panaskan ketuhar dahulu ke suhu 180°C. Dah ada kesan bakar, boleh angkat ayam dan letak atas dulang pembakar. Alas kertas minyak supaya mudah nak bersihkan dulang nanti.

6. Kelar ayam, dan masukkan dalam ketuhar. Hah? Oooo… kau orang panggil oven eh? OK OK! Set oven pada 180°C, bakar selama 30 minit jika oven ada setting convection. Jika tak ada setting convention, bakar lama sikit. Dalam 45 minit. Jika tak cukup lama, nanti dalam dia tak masak.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Ayam Masak Kurma Pekat Sedap

7. Sementara tunggu ayam dibakar. Kita sambung buat sos peri peri. Bahan perapan tadi, kena tambah air dan ditapis. Kalau tak tapis, nanti sos berketul-ketul. Cantik warna sos peri-peri ni, kan? Panaskan. Tambah garam dan gula secukupnya. Sos ni patut rasa pedas, dan masam.

8. Kalau tak cukup masam, perah lebihan lemon tadi. Limau nipis saya dah habis, jadi saya tambah cuka untuk tambah masam. Rasa dah OK, tapi sos ni kurang likat, jadi saya pekatkan dengan tepung jagung. Sos likat baru melekat pada ayam. Yeya ayam dah siap bakar! Bau ayam, bau sitrus memang mengancam. Semerbak bau dia bila keluar dari ketuhar.

9. Semasa saya siapkan ayam. Isteri saya buat coleslaw dan goreng kentang. Coleslaw tu dia buat dengan kobis, lobak merah, bawang, mayonis, garam dan lemon. Eh, ada lemon? Biasalah kalau suami cari mesti tak jumpa. Kena isteri juga cari.

10. Hidang cantik dalam pinggan. Paduan ayam yang di tuang sos peri-peri yang pedas, dan coleslaw yang lemak dan sejuk, memang menyelerakan. Kentang tu pun sedap cicah dengan sos peri-peri.

Resepi Masakan Afrika Selatan Ayam Peri Peri

Resepi Oleh: Kamarul Ariffin Nor Sadan