Sambal & Pencicah

Resepi Sambal Tumis Terung dengan Ikan Bilis

resepi-sambal-tumis-terung-dengan-ikan-bilis

Resepi Sambal Tumis Terung dengan Ikan Bilis

Lauk kegemaran saya sepanjang zaman. Sambal terung dengan ikan bilis garing. Dapat lauk ni dengan sepinggan nasi panas, lauk lain tak pandang dah. Sekarang ni saya tengah cuba tanam pokok terung. Harapnya hidup dan banyaklah hasilnya. Saya suka sangat terung – Pajeri terung, pecel terung, terung bakar cicah air asam, kari terung. Hari-hari makan terung pun ok.

Bahan-Bahan:

  • 1 kg terung – Saya suka buang separuh kulit kalau terung tu kecil-kecil – guna potato peeler, buang kulit terung tu berselang-seli, rupa terung tu macam zebra, jalur purple putih, purple putih gitu (sorry tak ada gambar). Potong ikut suka, gaul garam. Biarkan 15-20 minit. Basuh bersih dan toskan.
  • 1 1/2 biji bawang Holland (dihiris)
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan gula
  • Segenggam ikan bilis
  • Sedikit minyak.

Bahan Blend:

  • 1/2 biji bawang Holland
  • 5 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan bakar
  • Sedikit udang kering
  • Segenggam cili kering yang dah direbus lembut – blend halus

Cara Memasak:

1. Goreng terung hingga lembut (jangan sampai berwarna coklat, agak lembut saja, boleh angkat). Nak masuk airfryer pun boleh. Tapi suhu Jangan tinggi dan pastikan terung masak dan lembut tapi tak berapa coklat.

2. Kurangkan minyak, goreng Ikan Bilis hingga garing. Tepikan. Gunakan minyak yang sama untuk menumis bahan blend. Tumis pada api sederhana dan masak hingga betul-betul pecah minyak dan cili dah garing. Rajin-rajin kacau, jangan bagi hangit.

Cuba Resepi Ni:  Koleksi Resepi Pelbagai Pes Masakan

3. Bila bahan blend ni dah wangi, dan tak pecah minyak, dan warna pun dah nampak garingnya, masukkan garam dan bawang hiris.Masak lagi hingga bawang menjadi lembut dan manis (dalam 10 minit).

4. Masukkan gula dan masak biar sambal berubah menjadi kegelapan baru masukkan air asam jawa. Renihkan hingga pecah minyak semula (waktu ni, saya akan sudukan minyak yang lebih supaya sambal tak terlalu berminyak). Adjust masam manis masin. Sambal terung ni sedikit manis, tapi Jangan sampai macam pengat!.

5. Masukkan terung dan kacau lembut. Biarkan sebentar dengan api perlahan agar terung tu meresap sambal. Matikan api, angkat sambal terung dan tabur ikan bilis tadi. Hidangkan panas-panas. Esoknya lauk ni bertambah mengancam sebab terung tu lagi dah mesra dengan sambal.

Resepi Sambal Tumis Terung dengan Ikan Bilis

Resepi Oleh: Ummu Ashraf