Ayam

Resepi Ayam Masak Kicap Style Utara

resepi-ayam-masak-kicap-style-utara

Resepi Ayam Masak Kicap Style Utara

Done “Ayam Masak Kicap Style Utara.” Simple dan sedap yakmat. Anak-anak pun suka.

Bahan-Bahan:

  • 1/2 ekor ayam – digoreng dengan garam dan kunyit terlebih dahulu
  • 2 sdb cili boh
  • 1/2 sdb asam jawa
  • 4 sekawan (cengkih, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga.)
  • 7 sdb kicap biasa
  • Cili benggala (boleh pakai cili hijau biasa)
  • 1 biji bawang holand

Bahan Kisar:

  • 1 biji bawang besar,
  • 4 ulas kecil bawang putih
  • 1 1/2 inci halia.

Cara Memasak:

1. Bawang besar, bawang putih, halia dikisar. Jika malas, boleh guna lesung tumbuk. Panaskan minyak masak dan tumis bawang kisar tadi. Masuk juga 4 sekawan dan tumis sampai naik bau.

2. Masuk cili boh kacau sebati. Biar sampai cili tu masak dan pecah minyak. Kita pun pecah peluh. Masuk asam jawa, biar didih kejap. Masuk 2 atau 3 cawan air. Saya guna gelas dan kacau lagi biar didih.

3. Seterusnya, letak la ayam goreng tadi. Letak pula kicap dan kacau sebati. Masukkan pula cili benggala, bawang holand jangan dilupa. Kacau lagi. Akhir sekali letak tomato. Siap!.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Ayam Masak Merah Tomato

Nota:

  • Saya guna kicap mudim. Mak kata, kalau nak masak kicap tu sedap, jangan guna kicap pekat. Guna kicap biasa je.
  • Asam jawa saya pakai yang terus bancuh, biasalah rajin.
Resepi Ayam Masak Kicap Style Utara

Resepi Oleh: Liza Idris