Resepi Sambal Terung Pipit Ikan Bilis

Resepi Sambal Terung Pipit Ikan Bilis

Bahan-Bahan:

  • Terung pipit – secukupnya
  • Lada merah besar 2 batang
  • Lada hijau besar 2 batang
  • Cili padi hijau – dalam 20 biji (ikut lavel kepedasan masing-masing ye)
  • Cili padi Thai merah – Dalam 6 biji
  • Bawang besar – 2 biji
  • Bawang Putih – 5 ulas
  • Sedikit belacan – jika suka (saya tak letak)
  • Air asam jawa – jika suka (saya tak letak)
  • Garam – secukup rasa
  • Gula – secukup rasa
  • Ikan bilis – secukupnya

Cara Membuatnya:

1. Tumbuk bawang besar, bawang putih, dan kesemua lada. Ikutlah nak bland kasar atau tumbuk pun boleh.

2. Panaskan sedikit minyak, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan sebentar.

3. Tumis bahan kisar hingga kekuningan dan kering. Tambahkan sedikit air bila dah kering, masukkan terung pipit, garam, dan gula. Jika suka bahan perasa boleh letak juga.

4. Bila dah sebati semua, agak dah masak boleh angkat dan hidang. Taburkan dengan bilis goreng tadi.

Resepi Sambal Terung Pipit Ikan Bilis

Resepi Oleh: Zila Norazila