Tips Untuk Menghasilkan Chocolate Chip Cookies
Abang Danish kongsikan beberapa tips yang boleh guide beginner hasilkan CHOCOLATE CHIP COOKIES yang sedap mengikut resepi yang Abang Danish buat dan share dengan semua. Tips yang Abang Danish beri ini juga boleh diguna pakai bagi semua resepi choc chips yang ada diinternet asalkan ianya resepi yang betul, inshaAllah jadi.
1. PENTING untuk sukat semua bahan dengan TEPAT, JANGAN dilebih kurangkan kerana ianya akan mengubah tekstur cookies. Contohnya jika sengaja tambah lebih tepung, cookies akan jadi keras dari resepi asal. Bahan kering dan basah mestilah balance. PASTIKAN semua bahan MASIH FRESH.
2. GULA. Jenis gula dan sukatannya sangat penting untuk dapatkan hasil cookies mengikut jenis resepi samada rangup, chewy ataupun soft. Kerana itu ubah sukatan atau jenis gula dalam resepi akan mengubah tekstur cookies. Jika mahu ubah perlu cuba dahulu untuk lihat hasilnya.
3. BUTTER. Dalam suhu bilik, lembut tapi bukan lembik. Boleh guna unsalted atau salted. Tambah sikit garam jika guna unsalted kerana GARAM akan buat rasa chocolate cookies jadi lebih sedap. Whisk butter dan gula cukup creamy saja dan JANGAN OVER MIX selepas masukkan bahan kering untuk elak cookies jadi mengembang nipis/keras bila dibakar
4. TELUR. Jika tiada specific seperti dalam resepi, pecahkan telur saiz yang ada, whisk sedikit dan timbang mengikut berat saiz telur asal (Gred A +/- 55g tanpa kulit).
5. RECOMMENDED jika ada masa, bungkus dan simpan doh atleast semalaman dalam chiller sebelum scoop dan dibakar kerana ini akan jadikan cookies lebih sedap kerana beri masa semua bahan jadi lebih sebati yang akan beri lebih flavour pada rasa cookies.
6. BAKAR cookies ikut suhu yg diberi. COOKIES yang SEDAP bila dibakar ikut suhu dan masa yang betul kerana cookies perlukan masa untuk bentukkan tekstur dan mengembang jadi JANGAN bakar guna suhu terlalu tinggi nanti cepat garing dan cookies boleh jadi keras.
7. COOKIES masak bila bahagian tengah atasnya masih kelihatan sedikit lembut tapi ditepi-tepinya kelihatan sedikit perang dan senang beralih bila ditolak. Keluarkan, biar sejuk sepenuhnya dalam tray sebelum dialih.
8. SIMPAN COOKIES dalam bekas kedap SELEPAS COOKIES SEJUK sepenuhnya untuk ELAK COOKIES JADI LEMAU.
9. TAMBAHAN: Bila bakar cookies, jika mahu cookies lebih rangup, boleh lebihkan sedikit masa bakarnya asalkan jangan sampai terlalu garing atau hampir hangus.
Tips Oleh: Danish Harraz