Kuih Muih

Resepi Pau Sambal Ikan Bilis Rangup

resepi-pau-sambal-ikan-bilis-rangup

Resepi Pau Sambal Ikan Bilis Rangup

Anak dara nak payung Burger Malaysia ni dekat bakal in law. Saya sertakan sekali resepi Resepi Burger Malaysia atau Pau sambal hipster.

Bahan A:

  • 1kg Tepung High Protein
  • 6 Sudu Besar Gula Pasir
  • 3 Sudu Besar Susu Tepung
  • 3/4 sudu besar Bread Improver
  • 1 paket Yis (11g)
  • 1 sudu teh garam

Bahan B:

  • 500 ml Air Sejuk
  • 1 biji Telur Gred B/C
  • 3 sudu besar marjerin

Cara Membuat:

1. Saya pakai stand mixer ye. Adun sebati bahan A. Bila dah sebati masukkan bahan B dan air sedikit demi sedikit sampai habis. Masukkan telur, kemudian marjerin.

2. Putar sampai dos jadi elastic. Rehatkan doh selama 15 minit. Bulatkan doh macam size kita nak. Saya tak timbang. 1 adunan ni dapat 56 biji. Tabur tepung gandum sebelum letak doh yang dibulatkan.

3. Bila doh dah kembang boleh la start menggoreng. Potong burger jangan sampai putus, susun salad dan timun. Letak sambal bilis dan ikan bilis goreng.

4. Kalau yang takde mixer, tak nak uli sampai 40 minit, ini caranya; Mix tepung, air, gula dan susu sampai sebati. Rehatkan sekurangnya 3 jam.

5. Lepas tu masukkan bahan lain. Uli sampai doh sebati dan cantik (dalam 10 minit). Rehatkan doh selama 30 minit. Dah boleh bulatkan dan goreng.

Tips saya, cara orang lain tak tau la;

  1. Anginkan dengan kipas doh yang dibulatkan sebelum menggoreng supaya tak lembik sangat atau melekat di tangan bila nak angkat. Dan doh tak serap minyak.
  2. Api make sure slow untuk dapatkan color gorengan yang cantik.
Cuba Resepi Ni:  Resipi Cucur Udang Gebu

Resepi sambal bilis cara saya. Sambal tak bau bawang sangat;

Bahan-Bahan:

  • Ikan bilis
  • 3 biji bawang holland di hiris halus
  • 2 ulas bawang putih di hiris
  • 1 inci halia di hiris
  • 20-30 biji cili kering size besar. Saya pakai yang ni sebab tak nak pedas. Kalau nak pedas boleh mix. Rebus dan blend bersama minyak/air

Cara Membuat:

1. Goreng ikan bilis hingga rangup. Tumis bawang dan halia sampai layu. Masukkan cili blend. Tumis sampai pecah minyak.

2. Masukkan secawan air, gula, garam, ajinomoto, gula melaka dan air asam jawa. Masukkan sedikit ikan bilis. Siap!.

Tips:

  1. Jangan kedekut minyak untuk dapatkan sambal yang cantik dan tak jadi sakit perut bila sambal betul-betul masak.
  2. Gula dan garam kena seimbang rasenya.
Resepi Pau Sambal Ikan Bilis Rangup

Resepi Oleh: Raa Syahirah