
Resepi Mudah Kuih Kaswi Gula Merah
Bahan-Bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung ubi
- 1 cawan santan pekat atau santan kotak
- 5 cawan air
- 1 1/4 cawan gula merah
- 4 helai daun pandan
- 1/4 sudu teh kapur makan
- Kelapa parut putih
- Garam halus
- Minyak masak untuk sapu pada loyang
- Loyang atau container plastik
Nota: Saya guna cawan kecil dan container plastik ukuran 7” x 7”
Cara Membuat:
1. Masak gula merah bersama 5 cawan air dan daun pandan simpul hingga gula larut dan biarkan sejuk. Satukan semua bahan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata/sebati dan ditapis.
2. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah disapukan dengan minyak masak. Sediakan pengukus dan bila air telah mendidih barulah masukkan loyang dan kukus lah selama 40 minit.
3. Penutup pengukus hendaklah dibalut dengan kain supaya wap air tidak menitis ke atas kuih. Setiap 10 minit angkatkan penutup dan buangkan wap air.
4. Bila kuih telah masak angkat penutup pengukus dan biarkan api selama 5 minit lagi supaya lebihan air di permukaan kuih kering. Biarkan kuih betul-betul sejuk barulah dipotong dan digaul dengan kelapa parut putih seterusnya dihidangkan.
Nota: Kukus kelapa parut putih selama 5 minit supaya kelapa tahan lama dan tidak basi, baru digaulkan dengan garam halus.
Resepi Oleh: Fauziah Ali