
Buat Sardin Homemade, Senang dan Tanpa Bahan Pengawet
Bahan-Bahan:
8 ekor ikan selayang – dibuang kepala dan ekor, bersihkan
1 cawan puri tomato
2 biji tomato cincang
1 bawang besar hiris kasar
5 ulas bawang putih cincang
1/3 cawan minyak
1 sudu halba campur – kalau tak suka boleh skip atau letak sikit je
Sedikit air – ni agak-agak supaya tak kering dan melekat pada periuk
Cara Membuat:
1. Tumis bawang besar hingga wangi dan masukkan bawang putih.
2. Masukkan tomato cincang dan ikan. Masukkan puri tomato dan halba campur.
3. Masak dengan api sangat perlahan. Saya guna periuk ajaib. Saya masak selama 8 jam sampai tulang lembut. Sambil-sambil tu check air supaya tak melekat ikan kat periuk. Boleh guna slow cooker.
4. Boleh frozenkan. Masukkan sardin dalam pek kecil dan bekukan. Ambil satu setiap kali masak.
Nota:
1. Saya tak letak garam atau gula ya. Boleh tambah jika suka.
2. Kalau guna periuk noxxa dalam 90 minit. Thanks sis Nor Lila.
3. Air jangan banyak sangat. Sekadar untuk bagi ikan tak melekat pada periuk. Check air selalu. Kalau air banyak sangat ikan mudah hancur.
4. Boleh guna slow cooker. Set 8 jam slow. On kan dan tak perlu check air selalu.
Resepi Oleh: Azie Zahra Al-Bakri – MAHN