Resepi Masakan Korea Daging Bulgogi
Jom masak masakan Korea Daging bulgogi atau daging BBQ Korea. Sangat mudah dan sedap.
Bahan-Bahan:
- 500g daging, hiris nipis
- 1/1/4 cawan Kicap Soya Cair
- 3 sudu besar kicap manis
- 1 sudu besar Minyak Bijan
- 4 ulas Bawang Putih dicincang
- 1 sudu kecil Cili Flakes/Paprika
- 1 sudu kecil Serbuk Lada Hitam
- 1 biji Bawang Besar, hiris
- 1 sudu besar Gula Perang
- 1 batang Lobak Merah, hiris halus
- 1 mangkuk Tau Meu (Taugeh Hijau) – optional
- Sedikit garam
- Bijan disangai
Cara Memasak:
1. Masukkan semua bahan kecuali lobak dan tau meu. Perap selama 1-2 jam. Selepas diperap, masak (grill) di dalam kuali non stick dengan sedikit sahaja minyak sehingga masak.
2. Sebelum angkat, masukkan hirisan carrot dan bawang tadi dan biarkan sehingga layu. Bila semua sudah masak, tutup api dan sedia untuk dihidang.
3. Senang kan? Rasanya pun insyaAllah sedap. Bolehlah dihidang bersama nasi panas dengan kimchi dan seaweed kalau ada.
Resepi Oleh: Khadijah Jaafar