Resepi Sambal Sardin dan Suhun

Resepi Sambal Sardin dan Suhun

Kami anak beranak suka sangat makan lauk sardin campur suhun ni. Masaknya pun senang je. Kalau ada yang nak cuba boleh tengok resepi kat bawah.

Bahan-Bahan:

  • 1 tin sardin (tuang dalam mangkuk, asingkan sos dan ikan)
  • suhun (rendam sekejap bagi lembut)
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 1 biji bawang merah besar (potong biasa)
  • 4 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 3 biji cili padi hijau (tumbuk)
  • Air putih
  • Garam
  • minyak untuk menumis
  • Asam limau nipis

Cara Masak:

1. Panaskan minyak masak, tumiskan bawang putih dan cili padi. Tumis sampai garing sikit ye. Baru tambah bawang merah. Kacau-kacau sebati.

2. Lepas tu tambah 1 sudu besar cili kering kisar, kacau sampai cili kering pecah minyak atau betol-betol masak.

3. Kemudian tambahkan sos sardin yang dah diasing dengan ikan. Tambahkan sedikit air. Biarkan mendidih.

4. Masukkan ikan sardin dan sedikit garam. Last sekali masukkan suhun.

5. Balik-balikkan ikan supaya bersalut elok dengan suhun. Biarkan sekejap baru tutup api. Bila nak makan perah asam limau nipis.

Resepi Sambal Sardin dan Suhun

Resepi Oleh: Nora Azni