Ayam

Resepi Kermok atau Kurma Ayam Terengganu

resepi-kermok-atau-kurma-ayam-terengganu

Resepi Kermok atau Kurma Ayam Terengganu

Bahan-Bahan:

  • 1/2 ekor ayam (potong kecik dan basuh bersih-bersih)
  • 3 biji ubi kentang (belah 2)
  • 4 biji bawang besar (mayang halus Dan goreng sehingga garing)
  • 2 biji bawang merah (blender)
  • 1 inci halia (blender)
  • 2 senduk sos tomato
  • 1/4 tin susu cair
  • Rempah 4 beradik
  • 2 sudu Rempah kurma saya guna rempah yang beli dekat kampung (kalau tak ada boleh guna rempah kurma adabi 1 peket kecil)
  • 2 helai daun pandan
  • 2 keeping asam keping
  • Garam Dan perasa
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Cara Masak:

1. Goreng bawang yang telah dimayang tadi sehingga garing jangan sampai hangit ye dan toskan minyak.

2. Masukkan ayam dalam bekas, masukkan bawang goreng tadi, letak sos tomato, rempah, bawang dan halia blender serta rempah kurma. Gaul rata dan perap seketika.

3. Panaskan minyak tumis rempah 4 beradik dan daun pandan, masukkan ayam yang telah diperap tadi dan biarkan seketika.

4. Tambah air dan masak sehingga mendidih, kecilkan api masukkan susu cair, asam keping, garam dan perasa. Masak sehingga ayam empuk, nak kuah pekat atau cair terpulang ye.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

5. Sedia untuk dihidang, resepi kat atas boleh juga buat daging ye.

Resepi Kermok atau Kurma Ayam Terengganu

Resepi Oleh: Nor Khomariah Norrohman