Resepi Szechuan Beef Kurang Pedas

Resepi Szechuan Beef Kurang Pedas

Gambar kurang menarik, hakak lupa garnish dengan spring onion. Hakak modified sikit resepi ni jadi kurang pedas (anak-anak nak makan).

Asli szechuan menggunakan minyak cili, baru naik bau aroma kaw tu. Resepi ni sebagai rujukan je, korang boleh tukar sukatan ikut selera.

Bahan Perap:

  • 200 gr daging australian beef
  • 1/2 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu makan kicap cair
  • sedikit lada putih

Bahan Sos:

  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 4 sudu makan air
  • 2 sudu makan minyak cili, hakak guna ciliflakes
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 2 ulas bawang putih, haluskan
  • kapsikam
  • carrot
  • sedikit seasoning/cukup rasa

Cara Buat:

1. Gaulkan bahan perap selama 10 minit. Satukan bahan sos ke dalam mangkuk, gaul sebati.

2. Panaskan sedikit minyak, masukkan daging dan masak hingga berubah warna.

3. Ketepikan daging ditepi kuali, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan bahan sos, kacau lagi.

4. Masukkan carrot dan kapsikam. Tutup api. Hidangkan bersama nasi panas dan cili potong.

Selamat mencuba resepi masakan ala chinese Szechuan Beef yang kurang pedas dan sesuai untuk semua.

Resepi Szechuan Beef Kurang Pedas

Resepi Oleh: Kuali Helena