Snek, snek

Resepi Putu Mayam Dengan Kuah Manis

resepi-putu-mayam-dengan-kuah-manis

Resepi Putu Mayam Dengan Kuah Manis

Kami tak suka makan dengan gula perang dan kelapa sebab kami dipantai timur opkoz la makan dengan kuah manis. Kuah dia ala-ala macam serawa durian, buat pekat memang sangkut habis.

Bahan Putu Mayam:

  • 500G tepung beras
  • 750ML air
  • Secubit garam

Cara Membuat:

1. Masak air bersama secubit garam hingga mendidih, tutup api. Kemudian masukkan tepung beras sedikit demi seidkit, gaul sebati. Jangan risau kalau jadi berketul-ketul, bila dah suam baru kita uli dengan tangan.

2. Masukkan ke dalam bekas yang lain. Uli dengan sebati. Kemudian, kita perapkan dulu dalam 4-5 jam. Tutup dengan kain basah ye. Selepas kita peram, panaskan dulu kukusan.

3. Kemudian masukkan sedikit adunan ke dalam acuan. Jangan letak banyak sangat nanti susah nak tekan. Masukkan sedikit adunan ke dalam acuan. Lapikkan secebis kain bersih di dalam pengukus.

4. Lepas tu kita pusing-pusing bagi adunan turun. Nak besar mana tu terpulang ye. Dah habis semua kita buat, dah boleh kukus selama 5 minit. Siap boleh hidang.

Bahan Kuah Manis:

  • 1 biji kelapa – Perah ambil santan, jangan pekat sangat atau jangan cair sangat. Lebih kurang 1 litter santan.
  • 2 ketul gula melaka – Kalau kurang manis boleh tambah gula putih
  • 1/2 sdk garam
  • 2 helai daun pandan – disimpul
  • 3 sdb tepung gandum bancuh dengan 1/2 cwn air
  • 1 biji telur – dikocok
Cuba Resepi Ni:  Blueberry Cheese Tart Montok Sejukkan Dulu Baru Sedap

Cara Membuat:

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk KECUALI TELUR dan BANCUHAN TEPUNG GANDUM. Kacau diatas api yang sederhana besar sampai gula melaka tadi cair. Boleh tambah gula putih kalau nak ye.

2. Bila kuah dah mendidih rasa dulu, kalau dah cukup rasa boleh masukkan bancuhan tepung tadi dan kacau bagi rata. Kemudian masukkan telur pula, kacau lagi lepastu boleh tutup api.

Hidangkan Kuah Manis dengan Putu Mayam tadi. Selamat mencuba.

Resepi Putu Mayam Dengan Kuah Manis

Resepi Oleh: Zuita Aisyah