Snek, snek

Resepi Putu Mayam Segera, Hanya Guna Bihun Faiza

resepi-putu-mayam-segera

Cara Buat Putu Mayam Segera, Hanya Menggunakan Bihun Faiza

Bahan-Bahan:

Bihun Faiza
Gula Merah
Kelapa Parut
Garam
Pewarna hijau
Daun Pandan

Cara Penyediaan:

1. Rendam Bihun Faiza dalam air biasa selama 10 minit dan toskan. Kalau nak warna hijau, rendam dalam air yang dicampur dengan pewarna hijau (saya guna jenama Star Brand). Saya buat 2 versi, 1 Original, 1 lagi warna hijau. Saya tos selama 30 minit.

2. Bentukkan bulat-bulat dengan tangan dan susun dalam pengukus yang dilapik dengan kain. Saya tak lapik dengan kain sebab pengukus saya mempunyai lubang yang kecil. Nak letak dalam loyang pun boleh.

3. Sambil-sambil tu, boleh panaskan periuk kukusan yang telah diletak daun pandan sehingga air mendidih. Kukus kelapa parut sekejap, lebih kurang 3 minit. Angkat dan masukkan secubit garam. Kacau rata. Ketepikan.

4. Masukkan pengukus yang telah disusun bihun tadi. Kukus selama 5 hingga 10 minit. Saya kukus 5 minit je sebab Bihun Faiza ni cepat lembut.

Cuba Resepi Ni:  Bihun Sup Utara Dengan Sambal Kicap dan Sambal Merah

5. Kukus bihun sehingga habis. Hidangkan bersama gula merah (saya guna jenama CSR) dan kelapa parut yang telah dicampur dengan secubit garam tadi.

Terima kasih kepada empunya resepi.

Sumber Resepi : Zariani Zainol – MAHN
Dicuba Oleh : Hamidah HA – MAHN