Kek

Resepi Kek Pisang Gebus Guna Blender

resepi-kek-pisang-gebus-guna-blender

Resepi Kek Pisang Gebus Guna Blender

Bahan-Bahan:

  • 5 biji Telur
  • 1 cawan Gula Kastor (bole kurangkan kalau tak suka manis)
  • Sedikit Esen Vanilla
  • 1 cawan Pisang yang Dilecek
  • 1 cawan Minyak Jagung/Minyak Masak
  • 2 cawan Tepung Gandum
  • 1 sudu teh Baking Powder
  • ½ sudu besar Soda Bikarbonat
  • Hirisan Pisang & Choc Chip untuk hiasan

Cara Membuat:

1. Masukkan telur, gula dan esen vanilla ke dalam blender. Blend sehingga sebati.

2. Masukkan pula pisang yang telah dilecek dan blend lagi. Kemudian, masukkan minyak dan blend sekali lagi.

3. Dalam bekas yang lain ayakkan tepung, baking powder dan soda bikarbonat. Tuangkan bancuhan blend tadi dan kacau sebati.

4. Oleskan loyang dengan minyak dan tuangkan adunan. Hiaskan dengan hirisan pisang dan choc chip jika suka.

5. Bakar dengan suhu 150°c-160°c dalam 30-40 minit atau sehingga masak (bergantung pada oven masing-masing).

6. Bila kek dah masak, keluarkan dari oven dan oleskan marjerin di permukaan kek supaya kek cantik berkilat.

Resepi Kek Pisang Gebus Guna Blender

Resepi Oleh: Cik Lea Azalea