Roti

Resepi Roti Goreng Inti Carbonara

resepi-roti-goreng-inti-carbonara

Resepi Roti Goreng Inti Carbonara

Bahan-Bahan:

  • 400 Gram Isi ayam (ramly)
  • 4 batang sausage
  • 1/2 biji Bawang Holand
  • 5 tangkai Cili Api Merah – jika suka pedas
  • 1 tin sos carbonara
  • 6Susu Full Cream (1/2 tin sos carbonara)
  • 1 tin Cendawan Butang
  • 3 keping Chedar Cheese
  • 1/2 sudu kecil Blackpepper
  • Garam – secukupnya
  • Roti Gardenia
  • telur
  • bread crumb
  • Cheese

Cara Membuat Inti:

1. Okey gais, mula-mula kite panaskan kuali sedikit dengan api yang perlahan. Kemudian masukkan isi ayam dan masak sehingga isi ayam garing.

2. Seterusnya, masukkan sedikit minyak, garingkan sedikit lagi ayam tersebut. Kemudian boleh masukkan sausage dan tumis sehingga garing, asingkan.

3. Masukkan bawang holand dan cili api merah, tumis sehingga bawang jadi wangi. Kemudian boleh gaul sebati bersama ayam tadi.

4. Lepas tu kite masukkan 1 tin sos carbonara dan tambahkan susu 1/2 tin mengikut tin carbonara tadi. Kacau sebati, kemudian boleh masukkan cendawan, chedar cheese dan sedikit blackpepper.

5. Kacau dan rasa terlebih dahulu sebelum kite tambahkan garam. Jika dah sempurna, boleh laa tutup api dan sejukkan Kuah Carbonara kite terlebih dahulu sebelum kita isi inti tersebut ke dalam roti.

Cara Membuat Roti:

6. Untuk persiapan roti, korang perlukan cawan plastik yang besar dan sedikit tajam. Selepas kuah dah sejuk, boleh la kite mula membalut.

7. Sediakan roti 2 keping, kemudian letak 1/2 keping cheese jika korang suka. Letakkan 1 sudu besar inti carbonara, tekapkan roti tersebut dan guna cawan untuk potong kasi jadi bulat dan melekat.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Roti Sardin Viral Sedap

8. Selepas itu, mandikan roti kite dengan telur, kemudian ratakan dengan bread crumb. Bila dah siap, boleh masukkan ke dalam peti beku selama 30 minit hingga 1 jam untuk memastikan bread crumb kite melekat di roti. Selepas itu boleh la menggoreng.

9. Untuk menggoreng, pastikan minyak kite panas dan jangan pasang api yang terlalu kuat nanti mudah hangit. Goreng sekejap sahaja dan kerapkan terbalikkan roti tersebut.

10. Bila dah jadi warna keemas-emasan, boleh angkat dan tapiskan minyak. Maka Dengan itu Siap lah resepi mudah Roti Goreng Carbonara kite. Rasa Roti Goreng Carbonara nie sedap dan rangup giler, tapi agak sedikit muak jika makan terlalu banyak.

Resepi Roti Goreng Inti Carbonara

Resepi Oleh: Ahmad Ilmi Ghazali