Bubur, Manisan

Resepi Serawa Durian Likat Pekat

resepi-serawa-durian-likat-pekat

Resepi Serawa Durian Likat Pekat

Bahan-Bahan:

  • 2 biji durian sederhana
  • Setengah biji kelapa parut
  • Secubit garam
  • 1 setengah sudu gula
  • 2 helai dun pandan

Caranya:

1. Masuk sedikit air dalam kelapa. Jangan banyak. Perah kelapa yang diparut. Perah dulu kelapa sampai keluar santan. Baru tapis. Santan lebih pekat, pati santan dan fresh.

2. Kelapa yang dah diperah tadi masukkan sedikit air untuk dapatkan lebihan santan. Ulang cara yang sama. Kalau beli santan, agak-agak je dalam 2 cawan. Terlebih lemak boleh buat mengantuk.

3. Masukkan durian, santan dan daun pandan dalam periuk. Bukak api sederhana dan kacau. Masukkan secubit garam untuk naikkan lemak dan gula untuk manis.

4. Terus kacau sampai masak. Isi durian akan lerai dengan sendirinya dan jangan tinggalkan serawa atas api yang menyala. Siap! Boleh dimakan bersama roti putih atau roti jala. Saya suka makan camtu je. Hihi.

Tips: Kalau buat malam, esoknya lagi sedap sebab durian dah kembang. Tapi, periuk jangan tutup habis sebab ada santan.

Resepi Serawa Durian Likat Pekat

Resepi Oleh: Awatif Osman