Kek

Resepi Pumpkin Burnt Cheesecake atau Burnt Cheesecake Labu

resepi-pumpkin-burnt-cheesecake-atau-burnt-cheesecake-labu

Resepi Pumpkin Burnt Cheesecake atau Burnt Cheesecake Labu

Pumpkin Burnt Cheesecake (Burnt Cheesecake Labu) yang sangat sedap hasil eksperiment akak baru-baru ni. Terima kasih diucapkan buat sahabat FB, Puan Suriani Staal Mohamad yang memberikan idea untuk akak cuba membuat ciskek labu. Sebenarnya tahun lepas lagi Sue share idea ni tapi akak baru sempat buat eksperimen dan alhamdulillah tak sangka terhasil dengan jayanya. Nak buatpun mudah sangat-sangat, cuma blend semua bahan, tuang dalam acuan dan bakar. Cuma labu tu kena kukus dahulu la seblum blend.

Ciskek ni sangat moist dan sedap dan akak buat lebih kepada citarasa Malaysia dengan menggunakan santan dan gula kelapa untuk memberi rasa yang lebih lokal kepada ciskek ni. Dah 2 kali sebenarnya akak buat dan kali ke 2 akak baut beberapa hari lepas untuk jamu ayahanda dan saudara mara yang bertandang ke rumah. Alhamdulillah, semua mengatakan ciskek ni sangat sedap.

Bahan-Bahan:

  • 400 g cream cheese
  • 3/4 cawan labu dikukus dan dilecek isinya
  • 3 biji telur
  • 1/3 cawan gula perang (boleh tambah jika suka lebih manis)
  • 1/3 cawan gula kelapa
  • 2 1/2 sudu teh tepung jagung
  • 1/3 cawan (80 ml) santan pekat
  • 1/8 sudu teh garam (separuh dari 1/4 sudu teh)
  • 1/2 sudu teh vanila – jika suka

Cara Membuatnya:

1. Alas acuan berukuran 7 inci dengan kertas minyak (baking paper) atau kertas timah. Ketepikan. Satukan semua bahan untuk cheesecake dalam blender dan kisar hingga sebati dan gula hancur.

2. Tuangkan ke dalam acuan. Hentak acuan perlahan-lahan untuk mengeluarkan udara yang terperangkap. Bakar pada suhu 210 darjah selama lebih kurang 50-60 minit hingga bahagian atas cheesecake bertukar warna gelap tapi cheesecake masih agak lembut.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Puding Roti Cheese

3. Boleh juga bakar menggunakan airfryer pada suhu 200-210 darjah selama 5 minit. Kemudian turunkan ke suhu 180 darjah dan bakar lagi selama 20-25 minit. Matikan api ketuhar atau airfryer dan buka sedikit saja pintunya. Biar cheesecake agak suam baru dikeluarkan dari ketuhar atau airfryer.

4. Tudung cheesecake dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dikeluarkan dari acuan dan dihidangkan. Selamat Mencuba!.

Nota: Kalau nak lebihkan rasa cheese berbanding labu, boleh guna 1/2 cawan saja isi labu yang dikukus dan dilecek.

Resepi Pumpkin Burnt Cheesecake atau Burnt Cheesecake Labu

Resipi Oleh: Mufidah Abdul Hadi Alyunusi