
Japannesse Cotton Cheesecake Hanya Guna Keju Keping
Makan petang bawak ke malam jadi la Japannesse Cotton Cheesecake. atau lebih dikenali kek keju jepun. Tak da cream cheese? Tak pa kita yang buat dia. Pakai cheese keping-keping pulak kalini. Amboi kemain begedik dia lepas masak.
Bahan-Bahan:
- 6 keping cheesedale
- 100ml Susu segar
- 50g Butter
- 6 biji Telur gred A
- 1 sudu kecil Cream of tartar
- 140g Gula castor/gula kisar
- Esen vanila/butter oil/serbuk vanila
- 20g Corn flour
- 60g Selfrising/superfine flour
Cara Membuat:
1. Double boiler cheese, butter dan susu sampai cair kesemuanya (ketepikan), kemudian tunggu sehingga suam sdikit. Dalam mangkuk lain, asingkan putih telur dan kuning.
2. Masukkan kuning telur satu persatu ke dalam adunan cream cheese yang sudah suam tadi beserta esen vanila dan masukkan sikit-sikit tepung. Gaul sebati kesemua bahan sehingga bercampur semuanya (ketepikan).
3. Putih telur tadi beat/pukul sampai berbuih, masukkan 1 sudu kecil cream of tartar dan beat lagi serta masukkan gula secara 3 peringkat. Beat sampai kental soft peak atau bertanduk.
4. Adunan cream cheese tadi diambil dan masukkan pukulan telur atau meringue ke dalam adunan cream cheese. Masukkan kesemuanya dan gaul sehingga kedua-kedua adunan bercampur.
5. Griskan sedikit minyak ke dalam loyang dan keliling loyang. Lapikkan baking paper di dasar loyang. Bakar adunan dengan kaedah bain marie dengan suhu 160c atau 170c, api atas bawah selama 1 jam atau sehingga kek masak (mengikut oven masing-masing ya).
Resepi Oleh: Nurul Athira