
Resepi Manisan Timur Tengah Baklava Pistachio
Saya suka buat manisan Timur Tengah di rumah supaya boleh kawal tahap manisnya. Bila buat dapat banyak, Alhamdulillah. Boleh tukar-tukar juadah dengan saudara dan kawan-kawan. Baklava ni bahan tak banyak, tapi harga bahan boleh tahan. Kalau nak buat berjual, selain dari pistachio, antara kacang-kacang lain yang boleh digunakan termasuk walnut, almonds ataupun campuran pistachio dan almonds. Ni resepinya;
Bahan Sirap:
- 175gm gula pasir
- 1/2 cawan air
- 3/4 sudu besar glukos (supaya sirap tetap cair)
- Sedikit jus lemon
- Sedikit garam
- 1/2 sudu besar Orange Blossom Water (biasanya ada di kedai barangan Arab) >> https://shope.ee/20Mv6lOlN3
Cara Buat: Masakkan air, gula, glukos, garam hingga gula larut. Matikan api. Masukkan perahan lemon dan Orange Blossom Water. Sejukkan hingga suhu bilik sebelum digunakan.
Bahan Lapisan Baklava:
- 1.5 hingga 3 cawan Kacang pistachio (ikut suka nak mewah Kacang atau tidak) – Di kisar, tapi jangan terlalu halus.
- 500 gm phyllo pastry (biasanya ada di bahagian frozen pastries hypermarket besar-besar)
- 1/2 cawan minyak sapi
Cara Membuat:
1. Saya gunakan bekas kaca 9×13 inci yang disapu minyak sapi. Potong phyllo pastry pada dua bahagian. Phyllo di sini, dua bahagian tu akan elok dengan saiz 9×13. Cairkan minyak sapi.
2. Lapisan bawah, sapukan minyak sapi pada phyllo pastry satu persatu, jadi kan 10 lapisan. Letak 1/2 cawan hingga 1 cawan pistachio kisar.
3. Lapisan tengah, sapukan minyak sapi pada phyllo pastry satu persatu, hingga 6 Lapisan. Letak 1/2 cawan hingga 1 cawan pistachio kisar.
4. Lapisan ke tiga, sapukan minyak sapi pada phyllo pastry satu persatu, hingga 6 Lapisan. Letak 1/2 cawan hingga 1 cawan pistachio kisar.
5. Lapisan penutup, sapukan minyak sapi pada phyllo pastry satu persatu hingga 10 Lapisan. Jangan sapu minyak sapi pada lapisan paling atas. Guna tangan untuk tekan dan padatkan setiap lapisan. Sapu minyak sapi dan potong jadi bentuk diamond.
6. Bakar dalam oven yang suhunya 150 darjah C, selama 90 minit. Keluarkan baklava yang telah siap di bakar dan tuangkan sirap yang telah di sejukkan pada suhu bilik tadi pada bahagian potongan baklava.
7. Tinggalkan 2 sudu besar sirap untuk di letak di lapisan atas baklava. Sejukkan pada suhu bilik (terdedah – boleh tutup dengan tudung saji) selama dua jam. Tutup baklava dan biarkan 4-6 jam sebelum di hidangkan.
Resepi Oleh: Ummu Ashraf