
Resepi Pulut Pagi Inti Kacang Merah
Pulut pagi sejenis makanan untuk sarapan pagi dan lebih popular di Negeri Kelantan. Biasanya kalau yang jual di gerai tu dia bungkus dengan daun pisang berbentuk kon.
Bahan-Bahan Pulut:
- 500gm beras pulut (direndam semalaman)
- 2 helai daun pandan
- 200gm gula melaka
- 50gm gula pasir
- 250ml air
- 1 sudu besar air kapur
- 1 biji kelapa parut putih + sedikit garam – kukus sebentar
Cara Membuat:
1. Satukan gula melaka, gula pasir, air dan air kapur. Masak bersama daun pandan sehingga agak pekat. Angkat dan sejukkan. Tapiskan.
2. Kukus beras pulut dan daun pandan selama 25 minit atau setengah masak. Masukkan ke dalam bekas dan gaul rata dengan air gula melaka.
3. Biarkan sebentar hingga pulut menyerap air gula. Kukus semula sehingga masak. Hidang bersama kelapa parut dan inti kacang merah.
Bahan Inti Kacang Merah:
- 200gm kacang merah – rendam semalaman
- 500ml air
- 100gm gula merah
- 1/8 sudu teh garam
Cara Membuat:
1. Rebus kacang merah hingga hampir empuk. Tambahkan sedikit air jika masih keras. Reneh hingga air tinggal sedikit di dasar periuk.
2. Masukkan gula merah dan secubit garam. Tutup periuk dan renehkan dengan api perlahan hingga inti kacang empuk dan kering.
Resepi Oleh: Kak Wan