Kek

Resepi Premium Royal Thai Buttercake Perisa Coklat

resepi-premium-royal-thai-buttercake-perisa-coklat

Resepi Premium Royal Thai Buttercake Perisa Coklat

Premium Royal Thai Buttercake adalah sejenis kek yang dibuat dengan menggunakan bahan-bahan yang terpilih dan berkualiti. Kek ini memiliki tekstur lembut dan rasa yang lezat, serta dibuat dengan kaedah yang khusus untuk menghasilkan rasa yang unik. Premium Royal Thai Buttercake biasanya dijual di kedai kek atau restoran yang menyediakan makanan Thailand.

Bahan-Bahannya:

  • 120 gram dark chocolate (dicairkan)
  • 200 gram tepung naik sendiri
  • 1 tsp baking powder
  • 20 gram serbuk koko

Campurkan tepung naik sendiri + baking powder + serbuk koko

  • 80 gram full cream milk/fresh milk
  • 1 tsp esen creamy vanilla

Campurkan susu full cream + esen creamy vanilla

  • 150 gram butter
  • 70 gm gula icing
  • 70 gram gula halus
  • 12 gram ovalette
  • 181 gram telur (Pukul telur macam nak buat telur dadar, kemudian timbang untuk dapatkan 181 gram telur sahaja)
  • Loyang saiz 7 inci

Cara Membuat:

1. Mix butter, gula ising, gula halus dan ovalette sampai betul-betul kembang dan menjadi warna putih. Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit, mix sekejap.

2. Seterusnya, masukkan tepung naik sendiri + baking powder powder + serbuk koko berselang seli dengan susu full cream + creamy esen vanilla, mix sekejap sampai sebati.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Sihat Tapi Sedap Whole Meal Cake

3. Kemudian, masukkan coklat yang telah dicairkan, mix sekejap. Lorekkan adunan, guna lidi atau chopsticks, dan hentak loyang dua tiga kali untuk keluarkan udara yang ada dalam adunan kek.

4. Seterusnya sediakan tray atau loyang, kemudian lapik tisu, basahkan dengan air, kalau tak ada tisu boleh gunakan kain tuala. Letak loyang adunan kek atas tray yang dilapik tisu basah dan bakar kek pada suhu 160c, selama 1 jam 15 minit atau ikut oven masing-masing.

Selamat Mencuba.

Resepi Premium Royal Thai Buttercake Perisa Coklat

Resepi Oleh: Ummu Yusuf