Resepi Royal Thai Butter Kek Sedap
Bahan 1: (campurkan sekali)
- 400g tepung kek
- 2 sudu teh baking powder
Bahan 2:
- 300g PURE Butter (suhu bilik)
- 150g gula
- 150g gula icing
- 14g ovalet
Bahan 3:
- 7 biji telur (pukul macam buat telur dadar)
Bahan 4:
- 160 g susu sejat
- 1 sudu teh Vanilla
Cara Membuat:
1. Panaskan oven 170. Masukkan Bahan 2 dalam bowl, putar selama 7 minit dengan speed tinggi/maximum.
2. Guna speed sederhana, masukkan Bahan 3 sikit demi sedikit sampai habis. Bila habis masukkan Bahan 3, guna speed tinggi/max, putar selama 3 minit.
3. Lepas tu, guna speed perlahan, masukkan gilir-gilir Bahan 1 dan Bahan 4 sampai habis. Putar lagi selama 3 minit pada speed sederhana/medium.
4. Kemudian, putar lagi 1 minit, guna speed perlahan. Tuang ke dalam loyang 7” (resepi ni boleh dapat 2 biji kek size 7”).
5. Sebelum tu dalam tray atau loyang yang lebih besar, Letakkan kain atau kertas dan tuang air untuk lembapkan. Tindihkan loyang adunan kek tadi pada loyang kain lembab tu.
6. Bakar adunan kek selama 40-50 minit sampai takde adunan kek lekat pada lidi. Siap dan selamat mencuba.
Resepi Oleh: Fuad Ismail Iskandar