Puding

Resepi Mudah Puding Laici Style Zaman 90an

resepi-mudah-puding-laici-style-zaman-90an

Resepi Mudah Puding Laici Style Zaman 90an

Resepi Puding Laici Zaman 90-an oleh mak Mr.Ali. Jangan risau saya karang resepi ni agak detail supaya orang lain boleh cuba juga tau. Resepi ni sangat-sangat mudah, satu layer sahaja, boleh buat dalam kuantiti yang banyak sebab confirm tak cukup!.

Jom start! 1 adunan dapat loyang petak 9 inci. Tapi dalam gambar saya pakai loyang petak 8 inci dan acuan canele

Bahan-Bahan:

  • 12 gram agar-agar tali (Agar-agar tali ni bagus tau sebab dia stabil elok dan tak terlalu lembik)
  • 6 cawan air (1 cawan air : 250ml)
  • 1 tin laici
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan gula
  • 3 biji telur gred B ( kalau gred A pakai 2 biji je)
  • 2 sudu makan tepung kastard + dibancuh dengan 3 sudu makan air
  • 1 sudu kecil essen vanila
  • 1 sudu kecil garam

Cara Membuat:

1. Basuh dulu agar-agar tali dan masukkan dalam periuk, letakkan 6 cawan air + 12 gram agar-agar tali. Biarkan dalam 5-6 minit atau sampai mendidih, kacau-kacau perlahan, api pasang perlahan.

2. Selepas itu, masukkan 1 cawan gula. Biarkan gula larut dulu sambil kacau-kacau. Bila dah larut, masukkan air sahaja dari 1 tin air laici tadi. Jangan masukkan buah dia dulu dan kacau sebati.

3. Sementara itu, pecahkan 3 biji telur, kacau sebati dan masukkan bersama sama 1 tin susu cair. Masukkan 1 sudu kecil essen vanila + 1 sudu kecil garam. Kacau biar sebati dan ketepikan.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Puding Selasih

4. Dalam bekas yang lain , masukkan 2 sudu makan tepung kastard dan bancuh bersama-sama 3 sudu makan air. Kacau sebati dan masukkan ke dalam telur yang dah dikacau dengan susu cair tadi.

5. Seterusnya, kacau sebati dan masukkan ke dalam air agar-agar. Kacau perlahan-lahan selama 6-8 minit pada api yang perlahan. Bila dah mendidih, masukkan buah laici tadi dan kacau dalam 10 saat je then off api.

6. Akhir sekali, masukkan ke dalam acuan atau loyang. Jangan terus masukkan dalam peti, biarkan di luar dulu selama 40 minit baru masukkan dalam peti sejuk dan sejukkan selama 3 jam. Sejuk-sejuk dan dah boleh makan. Selamat mencuba!

Resepi Mudah Puding Laici Style Zaman 90an

Resepi Oleh: Muhammad Ali