Ayam

Resepi Ayam Bakar Sos Meraung Cukup Sedap

resepi-ayam-bakar-sos-meraung-cukup-sedap

Resepi Ayam Bakar Sos Meraung Cukup Sedap

Hai semua. Insya Allah hari ni kak Has nak share resepi ayam bakar dengan sos meraung. Orang kata menu ni viral, nanti bolehlah kita mencuba ye. Sos tu kalau makan dengan daging bakar atau seafood pun sedap. Jom kita tengok resepinya.

Bahan Ayam Bakar:

  • Ayam potong sederhana
  • 1 sudu besar lada hitam kisar kasar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis/pekat
  • 1 sudu besar madu
  • 3 ulas bawang putih (cincang)
  • Garam secukupnya

Cara Membuat: Gaul sebati semua bahan dengan ayam. Kemudian bakar di atas non stick pan atau oven dengan suhu 180C selama 30 minit atau hingga ayam masak. Boleh jugak dibakar menggunakan air fryer.

Bahan Sos Meraung:

  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar cili flake
  • Air asam jawa
  • 1 sudu besar beras goreng tumbuk kasar
  • 1 cm gula nisan
  • 1-2 biji limau nipis (ambil jusnya)
  • 1 biji bawang merah (cincang halus)
  • Akar dan daun ketumbar (cincang halus)
  • 4 biji cili api (cincang halus)
Cuba Resepi Ni:  Resepi Ayam Masak Kicap Style Utara

Cara Membuat: Gaul sebati semua bahan. Perasakan dengan seeloknya dan siap untuk dihidang dengan ayam bakar.

Selamat mencuba!

Resepi Ayam Bakar Sos Meraung Cukup Sedap

Resepi Oleh: Hasniza Hassan