Pastry

Resepi Portuguese Egg Tart Versi Paling Senang

resepi-portuguese-egg-tart-versi-paling-senang

Resepi Portuguese Egg Tart Versi Paling Senang

Resepi Portuguese Egg Tart atau Tart Telur Portugis ni memang terkenal di Macau. Hidangan ni dibawa masuk semasa zaman kolonial Portugis. kemudian diubah suai mengikut citarasa orang tempatan.

Bahan-Bahan:

  • 2 biji telur gred A
  • 2 sb gula
  • 2 sb tepung castard
  • 2 sb tepung jagung
  • 1 sk vanilla essence
  • 200 ml susu kotak
  • Secubit garam
  • Puff Pastry – beli yang ready make. Masukkan dalam acuan yang sudah disapukan butter atau majerin sedikit.

Cara Membuat:

1. Masukkan semua bahan dalam periuk. Kacau sebati semua bahan. Guna hand whisk lagi elok. Masak atas api yang kecil sampai pekat sedikit tapi masih kekal cair. sentiasa kacau dan jangan sampai berketul.

2. Tuang dalam mangkuk kaca untuk elak adunan terus dimasak. Masukkan adunan dalam puff pastry yang sudah disediakan lebih awal 3/4 penuh.

3. Akhir sekali, bakar puff sehingga perang di bahagian atas selama 25-30 minit dengan api atas bawah pada suhu 170C ikut size oven anda. Siap dan selamat mencuba.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Tart Telur

Dapatkan Acuan Tart Telur Portuguese >> https://shope.ee/5KagkZw7mc

Resepi Portuguese Egg Tart Versi Paling Senang

Resepi Oleh: Mell Abdul Rahman