Tart Telur Homemade Lagi Sedap Dari Bakery

Tart Telur Homemade Lagi Sedap Dari Bakery

Assalamualaikum kesayangan, ada yang tunggu tunggu resepi dari Ain ke tu. Since ramai yang tanye resepi tempoh hari so harini Ain nak kongsi resepi bukan saje kegemaran anak anak tapi mak mak ,ayah ayah nenek nenek atuk atuk pun suka tau. Buat mudah sangat sangat. Jom cikedot.

Bahan Pastry:

  • Ain guna pastry brand KAWAN @ apa apa brand pun boleh

Bahan Filling:

  • 150g Gula Pasir
  • 250ml air panas
  • 4 biji telur
  • 200ml fresh milk @ Full cream
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara Membuat:

1. Bancuh gula dengan air panas dulu sampai gula larut .Ketepikan sehingga air gula sejuk. Whisk telur, tak perlu lama. Masukkan air gula, full cream milk, esen vanila dan kacau. Tapis bancuhan telur tu kite tak nak ada buih.

2. Sebelum tepek kulit pastry, ain sapu butter sikit tak nak dia melekat dekat acuan. Dah sapu, Tepek kulit pastry dekat acuan, kemudian tuang bancuhan telur sehingga hampir penuh. Jangan penuh sangat nanti melimpah ruah. Kalau melimpah, kulit luar akan serap filling tu dan buat kulit pastry jadi lembik.

3. Bakar dalam oven pada suhu 180°C sehingga masak atau kekuningan. Masa masak ni berbeza ikut oven masing masing. Untuk pastikan tart telur dah masak, ambik lidi bersih cucuk kalau lidi yang keluar tu bersih maknanya tart kita dah masak.

4. Keluarkan tart dari oven. Kalau ain terus ambil lidi cungkil tepi tepi kulit tu supaya bile dah sejuk senang nak keluarkan tart dari acuan. Dah sejuk boleh makan dengan bacaan Bismillah. Konfem sekejap dah licin sebab sedap sangat.

Tart Telur Homemade Lagi Sedap Dari Bakery

Resepi Oleh: Norain Naim