Resepi Mudah Pengat Pisang Bonda
Biasa tengok resepi di google ke atau di channel lain ramai yang masak seperti biasa letak gula semua tu. Tapi ada satu step kena buat. Jom nak kongsi rahsia pengat pisang terbaik, Resepi bonda ku orang lama. Wajib buat gula hangus terlebih dahulu, hasilnya mantul sangat.
Bahan-Bahan:
- Sesikat pisang nipah atau abu – dipotong serong
- 3 cawan santan
- 1/2 cawan air panas
- 1 helai daun pandan
- 3 sudu besar gula pasir – untuk dibuat gula hangus
- 5 sudu besar gula merah – atau secukup rasa
- 3 sudu besar biji sagu
Cara Membuatnya:
1. Satukan biji sagu bersama dengan dua cawan air masak hingga sagu kelihatan jernih, kemudian tapiskan dan lalukan pada air untuk buang kanji.
2. Dalam periuk lain, masak gula hangus kemudian tuang air panas dengan perlahan dan kacau hingga gula hangus larut. Tuang santan, letak pisang dan daun pandan, kacau sekata.
3. Letak gula merah secukup rasa, jika ingin letak gula pasir atau gula perang silakan ikut citarasa masing-masing.
4. Sentiasa mengacau masak hingga mendidih, apabila pengat sudah cukup rasa dan masih panas terus masukkan sagu. Kacau lagi supaya mesra dan sekata, tutup api sedia dihidangkan.
Resepi Oleh: Julia Aleen Aireish