Resepi Kuih Sagu Versi Kukus
Kuih Sagu Versi Kukus untuk minum petang. Cepat dan mudah, tak payah susah-susah nak kacau dan nak basuh periuk atau kuali yang melekit.
Bahan-Bahan:
- 1 cawan sagu
- 1 1/2 cawan air
- 1/2 cawan gula
- Sedikit sirap
- Sedikit kelapa parut
- Secubit garam
Cara Penyediaan:
1. Sagu dibersihkan dan toskan. Biarkan seketika. Campur sagu, air, sedikit sirap dan gula di dalam satu bekas. Kacau-kacau sehingga gula larut.
2. Sapu acuan lompang dengan sedikit minyak. Sambil-sambil tu boleh panaskan periuk kukus. Masukkan sagu ke dalam acuan lompang, jangan terlalu penuh, lebih kurang 3/4 sahaja.
3. Apabila air kukusan telah mendidih, masukkan periuk kukus yang telah diisi dengan sagu tadi. Kukus selama 10 minit atau sehingga masak. Sejukkan.
4. Campur kelapa parut dengan secubit garam di dalam satu bekas. Kukus selama 2-3 minit supaya kelapa parut lambat basi.
5. Apabila hendak makan, gaulkan kuih sagu dengan kelapa parut tadi. Sedap dimakan sejuk-sejuk.
Nota:
- Resepi ni saya dapat 18 ketul Kuih Sagu. Kalau tuan-puan mempunyai ahli keluarga yang ramai, boleh gandakan sukatan.
- Resepi ni manis-manis buah sahaja. Kalau suka manis, boleh tambah gula lagi.
Kredit Resepi: Sha Husman
Dicuba Oleh: Hamidah HA