
Resepi Western Salmon Grill Lemon Butter
Sekali sekala layan menu western, Salmon Grill Lemon Butter. Biasalah tekak melayu tak de cili tak sah. Yang tak nak guna salmon pun tak pe, ganti aje dengan ikan lain. Alhamdulillah, licin lauknya. Hormati aje cara masing-masing masak dan bahan apa yang nak diguna. Cik tie suka tengok orang lain masak, apatah lagi orang masakkan. Siapa yang nak cuba boleh lah.
Bahan-Bahan:
- 1 ekor ikan salmon atau ikan nak guna ikan lain pun boleh
- 3 sudu besar butter dicairkan
- 2 sudu besar brown sugar
- 2 sudu besar kicap
- 1 sudu kecil kulit lemon diparut
- 1/2 lemon – ambil jusnya
- 3 tangkai cili api – cincang atau 1/4 sudu kecil paprika jika tak suka pedas
- 1 sudu besar daun parsley – cincang
- 2 sudu kecil thyme
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
- 1 sudu kecil bawang putih dicincang
- 1 sudu kecil Minyak zaitun
Cara Memasak:
1. Panaskan oven pada suhu 200 celcius selama 15 minit. Cairkan butter dalam pan/kuali. Bersihkan ikan, lapkan ikan supaya kering, kalau tak nanti air dari ikan tu akan keluar.
2. Masukkan semua bahan kecuali ikan dalam mangkuk. Kacau semua bahan hingga gula hancur. Garam tu cik tie guna garam bukit pink tu, rasanya kurang masin. Jika guna garam biasa boleh kurangkan sikit.
3. Tambahkan Cili api jika suka pedas, biasalah kan tekak melayu. Tak nak letak pun tak pe. Sapukan dulang atau mangkuk dengan sedikit minyak zaitun.
4. Susun ikan dalam dulang atau mangkuk untuk bakar. Cik tie guna ikan salmon, nak guna ikan lain boleh. Ikut selera, kita masak suka hati kita nak guna ikan ape. Asal sedap masuk perut sudah.
5. Tuangkan bahan sos tadi ke atas ikan. Sapu rata. Bakar ikan selama 10-11 minit atau sehingga ikan masak. Siap & boleh hidangkan.
Resepi Oleh: Khadijah Jaafar