Ais Krim

Bancuhan Asas Aiskrim Ikat Hanya 4 Bahan

bancuhan-asas-aiskrim-ikat-hanya-4-bahan

Bancuhan Asas Aiskrim Ikat Hanya 4 Bahan

Kita, rakyat malaysia memang sangat biasa dengan aiskrim ikat ni. Seiring peredaran masa, resepi aiskrim ikat ni banyak dah di improve menghasilkan rasa yang gebu, halus dan lembut di mulut.

Paling basic ialah bancuhan asas aiskrim ikat ni. Bancuhan asas ni boleh dijadikan aiskrim oreo, coklat, sumi, bandung, jelly, green tea, jagung dan pelbagai lagi. Jom As sharekan resepinya.

Bahan-Bahan:

  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat
  • 1.5 liter air
  • 3 sudu tepung jagung – bancuh dengan 1/3 cawan air sejuk/suhu bilik.

Cara Membuatnya:

1. Dalam periuk, satukan semua bahan. Masak dengan api perlahan. Masak hingga mendidih. Sejukkan.

2. Untuk aiskrim coklat, As guna beryl’s coklat spreadable. Isi dah piping beg. Pancitkan dalam plastik aiskrim dan ratakan guna pembaris.

3. Untuk aiskrim oreo, patah-patahkan oreo. Masukkan 6-8 butir oreo dalma plastik aiskrim.

4. Tuangkan bancuhan. Tinggalkan lebihan 3″ untuk memudahkan kita ikat aiskrim. Sejukkan. Siap.

Moga manfaat. Ajak anak-anak buat sekali tau.

Bancuhan Asas Aiskrim Ikat Hanya 4 Bahan

Resepi Oleh: Asrinna Bakri