
Resepi Ayam Masak Kari Hijau Thai
Hari ni menu kari hijau Thai untuk dinner. Istimewanya pes kari hijau ni menggunakan akar dan batang pokok ketumbar dan daun selasih. Rasa rempahnya yang unik ditambah lemak santan memang sangat sedap dimakan bersama nasi panas.
Bahan-Bahan:
- 300 gram isi ayam dipotong dadu
- 1/2 cawan santan pekat
- 1/2 cawan air
- 5 helai daun limau purut diramas
- 1/2 cawan daun selasih Thai
- 5 bj cili padi merah diketuk
- 1 sudu teh sos ikan
- Serbuk perasa secukupnya
Bahan-Bahan Pes (Dikisar):
- 5 bj cili hijau
- 10 bj cili padi hijau
- 7 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 btng serai bahagian putihnya
- 1 inci lengkuas
- 2 btng pokok ketumbar ambil bahagian akar dan 2 inci batangnya
- 3 helai daun selasih Thai
- 1 helai daun limau purut
- 1 inci belacan
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh serbuk lada putih/sulah
- 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
Cara Membuat:
1. Tumis pes hingga wangi dan pecah minyak. Masukkan isi ayam dan gaul rata.
2. Tambahkan air dan santan, kacau rata. Masak hingga mendidih kemudian masukkan cili padi merah dan daun limau purut.
3. Biar merenih hingga ayam empuk dan kuah susut. Tambahkan sos ikan dan serbuk perasa. Masukkan daun selasih. Gaul rata. Matikan api. Siap dihidang.
Resepi Oleh: Eka Zahra