Resepi Minuman Soya Pandan Jelly
Inspired dari kedai Ayam Penyet Api. Aritu sebelum puasa pergi, takde jual air ni. Sedih. Hari ni buat sendiri. Puas hati. Faa guna gelatine untuk pandan jelly sebab nak rasa kenyal-kenyal. Boleh ganti serbuk agar-agar biasa tapi dia tak sekenyal guna gelatine. Korang try taw. Dapat buat soya sendiri lagi padu rasa dia. Tapi kali ni faa guna soya kotak je.
Baha-Bahan:
- 1 cawan jus pandan (blend air masak dengan 4 helai daun pandan, tapiskan dengan penapis kain dan sukat 1 cawan)
- 1 sudu gula
- 1 sudu gelatine serbuk
- 3 sudu air masak
- 1 kotak besar soya
- ais secukupnya
Cara Membuat:
1. Masukkan gelatine dalam mangkuk. Tambah 3 sudu air dan biar 10 ke 20 minit sampai kembang. Jangan kacau. Masukkan separuh jus pandan dan gula dalam pan. Buka api slow. Kacau sampai gula larut.
2. Bila dah berasap, masukkan gelatine dan baki jus pandan. Kacau sampai berasap dan terus tutup api. Jangan sampai mendidih. Tapiskan ke dalam loyang. Sejukkan dalam peti ais.
3. Bila dah keras, hancurkan jelly tadi guna garfu. Kemudian, masukkan pandan jelly ke dalam gelas. Letak ais. Tuang air soya. Done.
Petua Oleh: Nur Fakhira Mohd Rosli