Kek

Resepi Mudah Nutella Banana Muffins

resepi-mudah-nutella-banana-muffins

Resepi Mudah Nutella Banana Muffins

Tea-time with The Thomas’, kat umah pisang memang selalu ada so, kejadian harini ialah muffin pisang. This time tak add Nutella kak lina add mixed nuts je. Resepi dah pernah share dulu, ni kak lina share lagi sekali ye.

Bahan-Bahan:

  • 1 2/3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking baking soda
  • 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 2 biji telur grade A
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 4 biji pisang berangan masak di lenyek
  • 2 sudu besar sour cream/yogurt
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 cawan walnut
  • Nutella secukupnya

Cara Membuat:

1. Panaskan oven (180C) atau 350 ° F. Loyang cupcake 12 rongga, letak paper cup.

2. Dalam mangkuk sederhana, ayak bersama tepung gandum, baking soda, serbuk kayu manis dan garam. Ketepikan.

3. Dalam mixer, campurkan gula, telur dan minyak putar sehingga gebu, kira-kira 5 minit. Masukkan pisang, sour cream, dan vanila. Putar lagi sehingga sebati.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Bomboloni Nutella

4. Guna spatula, masukkan campuran tepung dan walnut, kacau sebati. Masukkan adunan sama rata ke dalam paper cup.

5. Masukkan 1 sudu kecil nutella kedalam adunan, guna lidi lorekkan nutella perlahan-lahan di permukaan adunan muffins. Bakar kira-kira 30 minit. Siap!.

Resepi Mudah Nutella Banana Muffins

Resepi Oleh: Lina Thomas