Kuih Muih

Resepi Pau Kaya Menggunakan Bread Maker

resepi-pau-kaya-menggunakan-bread-maker

Resepi Pau Kaya Menggunakan Bread Maker

Bahan Kulit Pau:

  • 2 1/2 cup tpg pau (tepung pau akan jadikan pau putih & lembut)
  • 1 cup air suam (akak guna 1 cup doh jadi elok je)
  • 2 tbsp gula
  • 1 1/2 tbsp shortening
  • 1 tsp yis segera
  • 1/2 tsp baking powder (BP)
  • 1/2 tsp bread improver (BI)
  • 1/2 tsp bread softener (BS) – optional
  • 1/2 tsp garam
  • Inti Kaya Secukupnya

Cara Membuat:

Manual (Uli Tangan) –

1. Satukan yis bersama 1 tsp gula dan 1/2 cup air suam. Biarkan selama 5-6 minit hingga yis berbuih dan nampak creamy.

2. Di dalam mangkuk yang sesuai. Satukan tepung, baki gula, garam, BP, BI, serta BS dan gaul sebati. Masukkan bancuhan yis, kacau rata sambil masukkan baki 1/2 cup air sedikit demi sedikit (air tak semestinya habis jika doh dah nampak lembut).

3. Gaulkan shortening dan uli doh hingga lembut serta tidak melekat ditangan. Tutup doh dengan kain lembap. Rehatkan doh hingga naik sekali ganda dalam 30-45 minit (sambung terus step no. 4 di bawah).

Bread Maker (Russel Taylors)

1. Setting 11 (knead) masa selama 17 minit.

2. Masukkan bahan cecair; 1 cup air suam, shortening, gula, garam diikuti bahan kering; tepung, BS, BP, BI & YIS.

3. Tekan butang start hingga selesai 17 minit. Rehatkan doh hingga naik sekali ganda dalam 30-45 minit.

Cuba Resepi Ni:  Kuih Ropa dan Kuih Paung Inti Ikan

4. Bahagi doh sebanyak 13 ketul atau timbang seberat 45g tiap satu. Canai doh jangan terlalu nipis. Letakkan inti kaya. Rapikan doh pau dan alas dengan baking paper. Buat hingga habis dan rehatkan lagi selama 30-45 minit atau hingga naik sekali ganda.

5. Panaskan pengukus dan kukus pau selama 8-10 minit. Sejukkan diatas redai.

Tips Pau Cantik:

  1. Panaskan pengukus hingga air betul-betul mendidih. Tapi api jangan besar sangat. Balut penutup pengukus dengan kain kapas/muslin supaya air wap tak menitik ke atas pau.
  2. Kukus pau selama 8-10 minit sahaja sekadar mematikan yis.
  3. Angkat pengukus bersama penutupnya sekali dan letakkan ke atas alas periuk berjaring. Tunggu hingga wap/asap hilang baru buka penutup dan pindahkan pau. Kalau buka penutup serta merta selepas angkat pau akan kecut.
  4. Kebanyakan pau tak jadi semasa proses mengukus ye, jadi cara kontrol api memang penting. Hepi menerai.
Resepi Pau Kaya Menggunakan Bread Maker

Resepi Oleh: Keroroyz Royz