Resepi Sotong Masak Hitam Pedas

Resepi Sotong Masak Hitam Pedas

Sotong hitam ialah resepi yang mudah dan cepat dimasak setiap hari. Senang dan mudah untuk menyediakanya, apa yang pasti ianya salah satu juadah kegemaran yang saya suka.

Bahan-Bahan:

  • Sotong 500g
  • Dakwat sotong
  • Cili kisar 5 sudu besar
  • Perahan Asam jawa 1 sudu besar
  • Serai 1 batang (dikatok)
  • Halia 1 cm (dihiris)
  • Lengkuas 1 cm (dihiris)
  • Daun limau purut 2 keping
  • Serbuk belacan 1 sudu kecil
  • Cili padi hijau 10 batang
  • Bawang putih 3@4 ulas (dikatok)
  • Bawang besar 1 biji (dipotong bulat)
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Serbuk kunyit

Cara Masak:

1. Masak air sehingga mendidih dan masukkan sotong (2-3 minit), kemudian toskan. Panaskan minyak secukupnya, tumis bawang putih dan serai sehingga naik bau.

2. Masukkan cili kisar, masak sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan cili padi hijau, daun limau purut, halia, lengkuas dan serbuk belacan serta diikuti dengan perahan air asam jawa.

3. Masukkan sotong, dakwat sotong dan bawang, gaul rata dan masak seketika. Perasakan dengan garam dan secukup rasa. Angkat dan siap untuk dihidang.

Resepi Sotong Masak Hitam Pedas

Resepi Oleh: Nurul Ateekah