Kari

Resepi Kari Terung Ikan Masin Kurau

resepi-kari-terung-ikan-masin-kurau

Resepi Kari Terung Ikan Masin Kurau

Bahan-Bahan:

  • Terung bulat (9 biji dibelah)
  • Ikan masin kurau (7 keping)
  • Rempah kari Ikan 4 sudu besar
  • perahan santan (2 cawan)
  • 1 cawan air masak
  • Daun kari 2 batang
  • Bawang merah (dihiris)
  • Bawang putih 3 ulas (dikatok)
  • Serai (dikatok)
  • Daun pandan 1 helai (disimpul)
  • Halia 2 cm
  • Serbuk perasa (jika perlu)
  • Garam
  • Gula (Jika mahu)
  • Minyak masak untuk menumis

+ Rempah kari dibancuh dengan air. Jadikan sebagai paste.

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak masak dan goreng ikan masin sehingga masak. Angkat dan ketepikan.

2. Gunakan minyak yang sama, tumis bawang putih, bawang merah, serai, daun kari, daun pandan dan halia sehingga naik bau dan sedikit keperangan.

3. Masukkan bancuhan rempah kari dan gaulkan rata. Masak sehingga pecah minyak (perlahankan api) supaya rempahnya betul-betul masak. Kemudian masukkan terung dan ikan masin, gaulkan.

4. Masukkan santan yang telah dibancuh dengan air dan masukkan serbuk perasa. Gaulkan kesemuanya sehingga sekata dan biarkan ianya masak dengan sempurna. Angkat dan siap untuk dihidangkan.

Resepi Kari Terung Ikan Masin Kurau

Resepi Oleh: Nurul Ateekah