Resepi Pajeri Nanas Tanpa Santan Tahan Lama
Pajeri Nanas ni kisahnya dimasak tanpa santan. Sejujurnya bab masak ni tak lah cemerlang, gemilang, terbilang. Setelah 11 tahun kawin, inilah menu kegemaran husband yang saya masak buat pertama kali.
Memandangkan husband kata pajeri ni cukup specifications di tekak dia dan dia bagi green light untuk jual. Ini pajeri nanas yang saya masak untuk kali kedua harini. Kita jual kat jiran-jiran terdekat je. Resepi asalnya saya dapat dari grup ini jugak tak silap.
Tips nak bagi pajeri tahan kena make sure kuahnya pecah minyak betul-betul. Api kena perlahan. Barulah terasa kemesraan rempah tu dengan nanas bergabung baik. Nanas pulak pilih yang tak terlalu masak ranum.
Bahan-Bahan:
- Sebijik nanas – saiz terpulang dan jangan terlalu ranum
- Dua paket kecil rempah kari daging Babas
- Bawang merah saiz sederhana – dihiris/kisar halus
- Dua ulas bawang putih saiz kecil – dihiris/dikisar
- Sepotong halia – dihiris/dikisar
- Setangkai daun kari
- Gula perang dua sudu makan – bergantung pada selera masing-masing
- Garam secukupnya
- Sepaket kerisik saiz sederhana
- Udang kering sesudu makan yang direndam terlebih dahulu – Kuantiti banyak mana terpulang pada selera masing-masing
- Minyak masak 3 sudu besar
- Rempah empat sekawan
Cara Memasak:
1. Bersihkan nanas, potong ikut selera masing-masing. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis halia + bawang merah + bawang putih, empat sekawan dan daun kari.
2. Tumis sampai naik bau, kemudian masukkan rempah kari daging yang telah dicampurkan dengan air. Biar rempah masak dan api guna mode sederhana.
3. Untuk dapatkan kuah yang cantik, saya buat step pecah minyak sampai tiga kali. Maksudnya bila rempah pecah minyak kita tambahkan secawan air, ulang langkah yang sama sampai tiga kali.
4. Kemudian masukkan udang kering. Lepastu kerisik, jangan lupa add on garam dan gula perang. Banyak mana amaun nak letak, terpulang pada selera masing-masing.
5. Akhir sekali baru masukkan nanas. Biar dia mereneh dan nanas mesra dengan rempah. Rasa kuah tu, mana yang kurang boleh top up atau kurangkan. Diulang ikut selera masing-masing. Bila semua dah ok. Boleh matikan api dan siap untuk dihidangkan.
Saya masak dengan api yg perlahan, jadi kalau nak masak untuk lunch dalam kul 10 am tu saya dah mula masak pajeri ni. Sejam juga masa yang saya ambil, sebab nak make sure rempah masak cantik. Harapnya resepi ini dapat membantu. Selamat mencuba. Doakan saya murah rezeki naa, kot kot ada nak buat bisnes menjual pajeri nanas, boleh guna resepi ni.
Resepi Oleh: Mastura Burhanuddin